Tuesday, November 30, 2010

Pengumpulan borang zakat selaras



Kaherah,30 November – Satu perbincangan rasmi telah diadakan di antara wakil KPIPM dan pegawai HEP bagi membincangkan beberapa perkara. Perbincangan tersebut lebih tertumpu kepada masalah zakat yang permohanannya berakhir pada 16 November ini.

Perbincangan tersebut telah menemui satu persepakatan mengenai pengumpulan dan penghantaran borang zakat ke Malaysia. Pengumpulan yang bemula di pihak persatuan dan seterusnya berpindah kepada pihak pegawai HEP bagi tindakan susulan.



Dan terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan bertujuan mendapatkan keselarasan kedua-dua pihak dalam menjalankan tugas masing-masing.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dalam mencapai kesepakatan dalam menuju ke arah yang sama.


Senarai nama muzakarah berkelompok (Ikhwah)





Klik gambar untuk lebih jelas.

Senarai nama muzakarah berkelompok (Akhawat)






Klik gambar untuk lebih jelas.

Saturday, November 27, 2010

Keprihatinan ahli kepada KPIPM jelas


Kaherah,26 November – Muzakarah Berkelompok Gabungan semalam menjadi penutup tirai Muzakarah Berkelompok Bermanhaj bagi memberi ruang kepada Muzakarah Berkelompok Amali. Muzakarah Berkelompok Gabungan pula membuka tirainya dengan muhasabah pimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2010/2011.

Tujuan muhasabah adalah bagi memastikan pelayaran KPIPM ini berada di laluan yang betul. Sekiranya terdapat beberapa masalah yang berlaku maka bolehlah ia diperingatkan dan diubah menjadi yang tidak baik kepada baik,baik kepada yang lebih baik dan kepada yang terbaik.

Malam semalam melihatkan keprihatinan semua ahli dalam bersama-sama bermuhasabah kerana ingin melihat KPIPM sentiasa berada di tahap yang baik. Ada diantaranya yang muhasabah gerak kerja pimpinan sejak kenaikan sesi baru hingga ke hari ini. Dan ada juga yang muhasabah kepada peringkat ahli sendiri supaya gabungan antara pimpinan dan ahli menjadi lebih kukuh dan gitu.

“Pihak pimpinan sentiasa memerlukan muhasabah bagi menjalankan gerak kerja dengan lebih baik,tanpa muhasabah juga boleh menybabkan sesuatu gerakan itu boleh terpesong dari arah tuju sebenar”. Ujar penasihat KPIPM,saudara Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil.

Semoga kerjasama kita bersama dalam ingin melihat kejayaan Islam itu menjadi tunjang kekuatan untuk KPIPM terus belayar melayari lautan yang penuh cabaran ini.

Perlawanan Liga Futsal perkukuh ikatan taakhi





Mansurah,23hb November – KPIPM telah menghantar pasukan Futsal ke Mansurah bagi menyertai perlawanan Liga Futsal antara taakhi. Liga Futsal ini dianjurkan oleh Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah.

Perlawanan bermula pada kira-kira pukul 6 malam, bertempat di Istad Riadhi Gamaah, Mansurah. Sebanyak 13 pasukan yang bersaing pada malam tersebut. Perak yang terdiri daripada 12 orang pemain telah seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama dengan menentang pasukan As-Sahra’ yang juga dari kalangan AJKT Mansurah.

Pada perlawanan yang kedua, pasukan Perak berjaya menundukkan pasukan Shagga’ Soul FC dari wakil pemain Dirasat Mansurah (2-0). Jaringan tersebut menerusi pemain baru iaitu Amar Arif Bin Po’ad dan Husairi Bin Wildan.

Pada perlawanan yang ketiga, pasukan Perak sekali lagi bertindak garang apabila berjaya menundukkan pasukan Ashabus Samba yang terdiri dari kalangan wakil dirasat dan perubatan Mansurah, dengan dua gol jaringan Amar Arif Bin Ahmad Po’ad (2-0), seterusnya melayakkan pasukan Perak ke suku akhir.


Pasukan Perak yang juara kumpulan B, akhirnya dijinakkan dengan kekalahan tipis (1-0) oleh pasukan Rogul Jadid selaku naib juara kumpulan A.

“Pasukan Perak sebenarnya mampu memberikan saingan yang baik pada malam tersebut. Sedikit kelemahan yang dapat dilihat ialah masih kurang keserasian antara gandingan pemain baru dan pemain lama”. Ujar saudara Mohamad Amirul Fahmi Bin Zulkefli, selaku Ketua Biro Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadhah KPIPM sesi kali ini.



Walau bagaimanapun, harapan beliau agar pasukan Futsal Perak akan terus menonjol dan mampu memberikan saingan yang lebih hebat pada perlawanan-perlawanan akan datang. Juara Liga Futsal pada malam tersebut dimenangi oleh pasukan Rogul Jadid.

Friday, November 26, 2010

Dua ahli KPIPM mengalami kemalangan

Gambar hiasan

Kaherah,25 November – Dua anak Perak dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya. Mereka yang datang dari Hayyu Sabie’ melalui susur atas menuju ke Masjid Azhar untuk mengikuti kelas pengajian. Mangsa adalah saudara Mohd Aliff Hadi bin Mohd Radzi,kuliah Usuluddin,tahun 1 Kaherah dan saudara Talha bin Muhammad,kuliah Syariah Islamiah,tahun 2 Kaherah.

Kedua-dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal telah melanggar but belakang sebuah kereta warga tempatan kerana gagal mengelak kenderaan yang berhenti secara mengejut tersebut. Segalanya berpunca dari kemalangan kecil berlaku oleh kenderaan hadapan yang menyebabkan kenderaan ketiga tersebut berhenti mengejut.

“Mereka cuba mengelak ke bahagian kiri namun gagal lalu merempuh kereta hadapan”. Lapor seorang saksi kepada wartawan yang berada di tempat kejadian.

Saudara Mohd Aliff Hadi yang menunggang mengalami sakit di dada akibat terhentak ke hadapan. Manakala saudara Talha bengkak kaki kanan akibat terhentak bersama motosikal yang dibonceng.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Ta’min Sihhi bagi menjalani rawatan. Setelah pemeriksaan dijalankan mendapati kaki kanan saudara Talha disahkan patah dan perlu menjalani pembedahan.



Sejurus itu,saudara Talha dipindahkan ke Hospital Raba’ah bagi menjalani pembedahan. Pembedahan dilakukan pada jam 5.00 petang tadi dan selamat selesai pada jam 7.15 malam. Kini saudara Talha masih ditahan di wad bagi menjalani beberapa rawatan lanjut. Sementara saudara Aliff Hadi dibenarkan pulang setelah menjalani beberapa pemeriksaan.


Wakil PMRAM dan KPIPM turut hadir bagi menziarahi mangsa kemalangan. PMRAM dan KPIPM mengingatkan kepada semua ahli supaya lebih berhati-hati apabila berada di jalan raya.


Sunday, November 21, 2010

Majlis Sambutan Aidil Adha (MASAA) Berjalan Lancar




KAHERAH 17 Nov- Program Majlis Sambutan Aidil Adha KPIPM diteruskan pada hari ketiga dengan rumah terbuka Perak. Majlis ini terbuka kepada semua ahli Perak yang berada di bumi Mesir ini tidak kira ahli dikalangan pengajian Islam ataupun perubatan. Tidak tetumpu kepada ahli KPIPM sahaja malah tetamu luar turut dijemput seperti pegawai Kedutaan, Pegawai JPMK, BP dan HEWI PMRAM, YDP dan Ketua HEWI setiap BKAN.

Rumah terbuka bermula seawal jam 10 pagi. Kehadiran tetamu dalam lingkungan 400 orang termasuk semua ahli KPIPM dan tetamu yang dijemput. Majlis berakhir sepenuhnya pada jam 4.15 petang. Seterusnya, semua adhoc pelaksana bersiap sedia untuk persiapan program sebelah malam pula.

Program bermula selepas solat maghrib dan banyak pengisian menarik disediakan kepada semua ahli. Antara pengisiannya ialah talkshow yang bertajuk “Berkorban, Terkorban, Dikorban dan Korban?”. Seterusnya dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Muhazirun, tarian dabus dan slide show. Berakhirnya pengisian tersebut maka berakhirlah program Majlis Sambutan Aidil Adha (MASAA) pada sesi ini. Program tamat jam 10.40 malam diikuti jamuan makan.

Proses Penyembelihan Binatang Korban



KAHERAH 16 Nov- Seluruh Negara arab meraikan Hari Raya Aidil Adha 1431H, termasuk negara Mesir. Bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam perak Mesir (KPIPM) juga tidak terlepas untuk sama-sama meraikannya. Kemeriahannya disambut dengan penyembelihan binatang korban setelah selesai solat sunat Aidil Adha.

Bermula pada jam 9 pagi semua adhoc pelaksana sudah bersedia untuk melakukan kerja-kerja penyembelihan tersebut. Binatang korban berjaya disembelih oleh 3 orang iaitu ustaz Mohd Omar bin Adam, Ustaz Khairul Ashraf bin Mohd Khir dan Ustaz Jamaluddin Hafiz bin Abdullah.

Selesai kerja penyembelihan, disambung pula dengan kerja melapah dan memotong daging. Proses ini berakhir pada jam 5 petang. Kerja-kerja ini tidak terhenti disini, selepas semua sudah selesai kerja agihan daging pula dilakukan sehinggalah malam. Semua ahli KPIPM menerima agihan daging korban tersebut termasuk mutazawwijin.

Malam Perutusan Aidil Adha Meriah


KAHERAH 15 NOV- Malam Perutusan Aidil Adha Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sekali lagi berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna. Program anjuran Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah dengan kerjasama Jabatan Setiausaha KPIPM ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Program ini merupakan program dewan secara rasmi bagi hari pertama Majlis Sambutan Aidil Adha.

Program bermula pada jam 7.45 malam. Dimulai dengan alunan Asma Ul-Husna seterusnya lagu PMRAM. Program ini turut dihadiri oleh BP dan HEWI PMRAM angkat Perak iaitu ustaz Taufik bin Dahlan dan Ustazah Hasanah binti Yahuza.

Antara pengisian menarik pada malam tersebut ialah ucapan ringkas daripada ustaz Khairul Ashraf bin Mohd Khir selaku Yang Dipertua KPIPM. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan perutusan aidil adha Presiden yang disampaikan oleh Ustaz Taufik bin Dahlan sendiri.

Setelah selesai ucapan tersebut, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pentomen dan lakonan istimewa daripada ahli-ahli KPIPM. Majlis tamat pada jam 9.30 malam, sebelum bersurai semua ahli disediakan sedikit jamuan.

Pembelian Unta Korban Di Perkampungan Giza



KAHERAH 13 Nov- Beberapa wakil persatuan telah pergi ke pasar unta yang terletak di Perkampungan Giza untuk membeli unta sempena hari raya aidiladha. Mereka yang terlibat dalam pembelian unta ini ialah ustaz Azizuddin bin Aznan, Ustaz Saifullah dan wakil dari BKAN Kuala Lumpur. Turut serta dalam rombongan ini ialah wakil dari Amanah Raya.

Rombongan berkumpul di perkarangan Wisma A pada jam 7 pagi kemudian bertolak ke destinasi pada jam 8 pagi. Pada jam 10 pagi rombongan tiba di destinasi yang dituju.

Disana mereka mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk memilih unta dan membuat rundingan dengan pemilik unta. Hasil perbincangan 2 ekor unta setuju dibeli dan kemudian dibawa pulang oleh Ustaz Abdul Hadi Abd. Rahman dengan menaiki Chevrolet yang disewa. Mereka yang selebihnya meneruskan perjalanan untuk mencari 5 ekor kambing lagi.

Memandangkan keadaan kawasan pembelian kambing tidak membolehkan kenderaan melaluinya, maka setiap BKAN perlu menghantar wakil sahaja untuk mencari kambing. Wakil dari Perak 2 orang, Selangor 2 orang dan Kuala Lumpur seorang. Pada 7 petang 5 ekor Berjaya dibeli dan dibawa pulang ke Wisma A.

Sehubungan dengan itu, satu jadual telah dikeluarkan oleh Biro Tabung Kebajikan, Kesenian, dan Riadhah (BTKKR) bagi menjaga haiwan korban mengikut giliran. Kesemua haiwan korban dijaga dengan baik dan selamat tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Saturday, November 13, 2010

MAKLUMAN : PERMOHONAN ZAKAT DIBUKA




Permohonan zakat kini telah dibuka.
Anda bolehlah mendapatkan borang permohonan zakat di pejabat pentadbiran KPIPM dan pejabat HEWI.

Sebarang masalah boleh terus hubungi :

Setiausaha Agung:
Ibnu Abbas Azizuddin - 011-0313027
Setiausaha HEWI:
Nurshuhada Hashifuddin - 011-9842074

Friday, November 12, 2010

Abdul Hadi Ab Rahman : Ahli KPIPM Mahasiswa Islam Cemelang 2010



Nama : Abdulhadi bin Ab.Rahman

Umur : 23 tahun

Tarikh Lahir : 17/8/1987

Cita-cita : Pensyarah

Adik-beradik : Anak ke-2 Dari 8 Org Adik Beradik

Pengalaman Persatuan :

1) 2007/2008 - Exco Biro Tabung Kebajikan, Kesenian & Riadhah KPIPM

2) 2008/2009 - Setiausaha Agung KPIPM

3) 2009/2010 - Timbalan Pengarah Pusat Sumber Tenaga PESAT PMRAM

4) Ketua Eksekutif Persembahan Ekspo Gempak PMRAM 2008

5) Wakil Bola Sepak Perak 2007-2010

6) Ketua Eksekutif GKB & Fasilitator KEJORA 2010

7) Pengarah Pilihanraya PMRAM Peringkat Muhafazah 2010

8) Adhok Disiplin Bazar Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL)

9) Fasilitator Muzakarah Berkelompok Peringkat KPIPM

Moto : Terus Berusaha Selagi Diberikan Kekuatan

Falsafah hidup : Biarkan ibumu menangis kerana kejayaanmu, jangan biarkan ibumu menangis kerana kegagalan mu

Prestasi Akedemik- Kuliah Syariah Islamiyah, Kaherah
Tahun 1-4 : Jayyid

Harapan : Dapat membantu Islam selagi termampu.

Nasihat : Kepada semua sahabat-sahabat, terus sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Latar belakang Keluarga : Ayah : Polis
Ibu : Suri Rumah Sepenuh Masa

Sumber : pmram.org


Thursday, November 11, 2010

Majlis Ramah Mesra bersama Ybhg. Dr.Syed Omar Syarifuddin Bin Syed Ikhsan



Kaherah,8 November- Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Ybhg. Dr.Syed Omar Syarifuddin Bin Syed Ikhsan,Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Kehadiran beliau juga ditemani oleh Ybhg. Encik Abdul Nazri Bin Hassan,Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Majlis yang berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi,Wisma Darul Ridzuan A itu,mendapat perhatian ramai dengan melihatkan kehadiran ahli yang memenuhi dewan pada malam tersebut.

“Saya juga sama seperti tuan-tuan sekalian yang mana pernah belajar di negeri orang dan saya cukup memahami keadaan tuan-tuan di sini”. Beliau menceritakan detik-detik kesusahan dalam meniti arus pembelajarannya dahulu. Yang mana beliau berjaya melangkah hingga ke peringkat PhD di United Kingdom.



“Kalau kita nak berjaya,Insya Allah kita akan berikan kita berjaya, yang penting jangan cepat putus asa sekalipun kita gagal sekali”. Ucap beliau lagi memberikan semangat dan kata-kata perangsang kepada semua yang hadir.

Semua hadirin memberikan penumpuan yang baik semasa ucapan diberikan. “Saya cukup memuji pihak persatuan pelajar (KPIPM) dalam usaha untuk memastikan kebajikan anak-anak Perak khususnya dengan menubuh tabung Ithar. This is a good thing”. Puji beliau semasa menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan.


Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian menjenguk anak ­­-anak Perak di sini dan kami juga mengalu-alukan kedatangan delegasi di masa akan datang dalam memastikan hubungan baik dapat terus kita jalinkan.

Saturday, November 6, 2010

PEMANDU : "Dulu Aku Kini Ana" menarik



Kaherah,4 November - Program Pemantapan Dua’t (PEMANDU) siri 1 di bawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah telah mengadakan “talk show” yang bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan.

Kali ini Unit Pemantapan Dua’t (PEMANDU) membawakan satu tajuk menarik Dulu aku,kini ana”, dengan menampilkan 3 orang panel jemputan yang terdiri daripada seorang graduan,saudara Mohd Khairul Naim bin Sameri dan dua orang graduanita (saudari Suriani binti Sarbani dan saudari Siti Rasyidah bte Mohd Arzemi) yang bakal pulang ke Malaysia.

Saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir,Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir berkata, “ Program Pemantapan Dua’t (PEMANDU)ini merupakan satu program yang sangat penting bagi membentuk generasi pelapis yang berkualiti, bersifat kepimpinan dan berketerampilan”. Tambahnya lagi, “Program seperti ini dapat membina integriti mahasiswa untuk lebih berani dan berkeyakinan tinggi agar lebih bersedia ketika berhadapan dengan masyarakat di Malaysia kelak”.



Dan pada malam tersebut ,Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan majlis wada’ sempena meraikan graduanita-graduanita yang telah tamat pengajian diperingkat SARJANA MUDA (BA) dan akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Sekalung penghargaan buat saudari Hafidah binti Hassan,saudari Mazilah binti Mohd Noor,saudari Hasyimah binti Salleh,dan juga saudari Siti Rasyidah binti Mohd Arzemi.


Semoga program sebegini dapat mengembalikan fokus kita sebelum berdepan imtihan yang akan tiba. Kami doakan agar kepulangan mereka ke tanah air menjadi pelita kepada masyarakat dalam mencari keredhaan Ilahi.

Doa: “Ya Allah,Sembuhkan PM kami”


KAHERAH, 5 Nov – Di dalam hadith Rasulullah S.A.W ada menyebut mengenai peringatan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Antaranya sihat sebelum sakit. Namun sakit itu datangnya pasti berhikmah yang tidak diketahui oleh manusia biasa.

Baru- baru ini YAB Dato Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia ditahan di wad ekoran sakit. Oleh itu,Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) mendoakan Perdana Menteri Malaysia semoga cepat sembuh agar dapat menjalani tugas seperti biasa.

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...