Saturday, May 5, 2012

Istiqamah Dalam Beramal


Kita sedang berada di dalam musim peperiksaan. Masing-masing sibuk dalam mengulangkaji pelajaran, menghafaz, menulis nota dan sebagainya. Dalam pada itu, musim imtihan ini menjadikan kita seorang sangat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Maka, Sinonimnya segala amalan mendekatkan diri kepada Allah ini hanya dilaksanakan dengan sebab tertentu umpama peperiksaan, dalam erti kata lain amalan tersebut telah dikerjakan secara bertempoh.

Dimana Istiqamah kita? Allah S.W.T memberikan nikmat kepada hambanya tidak kira masa, malah Rahmat Allah S.W.T tidak kira kepada hambanya yang beriman atau tidak.
Allah S.W.T telah menjelaskan konsep Istiqamah yang terpapar di dalam Al-Quran.


Sesungguhnya orang-orang beriman yang menegaskan keyakinan dengan berkata “Tuhan kami ialah Allah” Kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): ‘Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.  
                                                                                                   (Surah Al-Fussilat : 30)  
                                                                                                                     
Rasulullah S.A.W juga telah menegaskan berkaitan akidah umat islam ketika ditanya oleh para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud : “Kamu beriman kepada Allah kemudian kamu beristiqamah dengan keimanan kamu”. Istiqamah yang dikehendaki Rasulullah pada hakikatnya yang sebenar pada bila-bila masa. Ketiadaan atau kekurangan sifat tetap pendirian atau istiqamah menyebabkan seseorang itu tidak boleh dipercayai atau diberikan amanah. Hal ini kerana, amanah yang diberikan adalah tanggungjawab yang mesti disempurnakan oleh setiap manusia. Amanah ini akan melahirkan sifat ketakwaan kepada Allah. Untuk mencapai ketakwaan, kita memerlukan daya usaha yang berterusan dari masa ke semasa. Daya juang yang berpanjangan dalam segenap pekerjaan yang kita lakukan, apatah lagi dalam bidang peribadatan kita kepada Allah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh diatas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang 
kembali kepada kebenaran yang mengikutmu berbuat demikian, dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya, Allah maha melihat akan apa kamu kerjakan.
    (Surah Hud : 112)

Firman Allah S.W.T  lagi yang bermaksud,

Sesungguhnya orang-orang beriman yang menegaskan keyakinan dengan berkata “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang betul ( dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu),maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yangtidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
            (Surah Al-Ahqaf : 13)

Sebagaimana umat islam yang dijanjikan kecemerlangan dan keunggulan kehidupan di dunia dan akhirat, maka sudah semestinya umat islam akan kembali kepada penghayatan islam yang syumul serta beristiqamah. Jika didalam urusan akidah kita dituntut melakukan istiqamah maka, begitu juga dengan tugas dan tanggungjawab yang kita lakukan dalam kehidupan seharian samada kita bergelar pimpinan, suami isteri , ibu bapa dan sebagainya.
Dalam usaha kita mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah kita juga dikehendaki mengamalkan sikap beristiqamah iaitu kerja-kerja pembersihan yang berterusan dan bersistematik. Begitu juga dalam melahirkan umat islam yang bersih jiwanya, usaha-usaha unutk mendekatkan diri kepada Allah mesti dilakukan secara berterusan. Islam menganjurkan amalan yang baik dan berterusan walaupun sedikit bukan amalan yang banyak tetapi hanya mengikut musim atau waktu tertentu sahaja. Perkara ini djelaskan lagi oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya yang bermaksud,


Istiqamah tidak mungkin dicapai oleh sekiranya hati dan jiwa belum dapat bersih dari unsur-unsur yang menodainya atau yang mengangggu keimanannya umpama sifat mazmumah yang menebal dalam diri sesorang.

Justeru itu, Umat Islam mesti berusaha untuk mencapai tahap ketekunan dan keteguhan dalam beramal. Islam juga mengajar supaya umatnya sentiasa kehadapan dalam segenap tugas yang dilakukan.

Ayuh beristiqamah dalam Amalan! jangan menjadi HAMBA peperikasaan yang hanya menjadi wasilah menuju kejayaan. Tetapi matlamat mencapai kejayaan adalah bukti kesungguhan untuk mengutip segala ilmu yang terhampar luas di muka bumi Allah ini dengan niat kerana  Allah semata-mata.

 Selamat menduduki Imtihan buat semua Mahasiswa Islam Mesir

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...