Irshad Manji sebagai tokoh liberal bagaikan bahana besar yang menimpa umat Islam tanah air. Golongan kritikussebahagiannya memikirkan bagaimana ideologi pemikiran ini boleh merebak sepantas kilat sedangnya dia bukanlahwarganegara Malaysia. Juga tak kurang daripada itu sebahagian golongan kritikus yang memikirkan bagaimana untukmendatangkan hujah yang lebih hebat daripada Irshad yang sudah diakui kehebatannya dalam berhujah. Setiap akal yangberfikir kerana sayangkan Islam moga ada ganjarannya di sisi Allah SWT.
Baginda Nabi SAW telah
menceritakan di dalam sabdanya bahawa ilmu dan hidayah Allah ke atas
manusia terbahagi beberapa golongan. Ada yang menerima kebenaran lalu
mengamalkannya dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Ada golongan
yang menerima kebenaran namun tidak boleh menyampaikannya kepada orang lain.
Dan ada yang tidak menerima kebenaran (yakni tidak beramal) namun dia
menyampaikan kepada orang lain. Dan ada yang tidak menerima kebenaran dan sama
sekali tidak menyampaikannya pada orang lain.
LIBERALISMA, MALAPETAKA
BUAT UMAT
Liberalisma adalah
ideologi yang didasarkan pada pemahaman bahawa kebebasan adalah nilai politik
utama. Umumnya liberalisma ingin melahirkan masyarakat yang bebas,
termasuklah kebebasan berfikir oleh individu. Liberalisma menolak adanya
sesuatu batasan dan halangan, khususnya daripada pemerintah dan agama.
Liberalisma menginginkan
wujudnya pertukaran fahaman yang bebas, ekonomi yang membenarkan usaha
peribadi secara bebas, sistem pemerintahan yang adil dan sama-rata, serta
menolak adanya penguasaan terhadap individu.
Ideologi liberal
adalah menyeleweng daripada Islam, lebih teruk daripada itu fahaman ini
membenamkan pada minda dan jiwa pengamalnya bahawa ia adalah benar. Bilamana
golongan sesat merasakan ianya benar, maka diam adalah lebih baik
daripada berhujah dengannya, menurut kata sebahagian Ulama.
Pembaca yang dirahmati
Allah
Pertukaran fahaman secara
terbuka akan mengizinkan mana-mana agama berhak menyebarkan fahamannya, setelah
itu individu adalah berhak menukar agama sekiranya
itulah hasil pilihan daripada penilaiannya. Sekiranya ini berlaku,
maka hukuman qisas (bunuh) ke atas golongan Islam yang murtad
adalah tidak adil pada pandangan mereka kerana agama telah menghalang penilaian
seseorang insan. Apakah kita mahu hukum Allah ditolak kerana hukum akal
semata-mata?
Kebebasan peribadi yang diperjuangkan oleh fahaman liberal dari sudut ekonomi adalah individu bebas menggunakan apa-apa teknik kemahiran danakalnya untuk mengaut keuntungan ekonomi. Hasil daripada fahaman itu sudah pasti akan menolak pemerintah yang ingin mengharamkan riba danmemonopoli perniagaan. Maka pengharaman riba pada fahaman liberal adalah suatu kesalahan kerana menyekat kebijaksanaan individu untukmencapai kejayaan yang besar. Justeru perlu disedari,
liberalisma adalah benih bagi tumbuhnya kapitalisma. Apakah kita mahu hukumAllah ditolak kerana hukum akal semata-mata?
Pemerintahan yang adil
dan sama rata yang diperjuangkan oleh fahaman liberal akan menghasilkan
kesan bahawa pemimpin negara (pemimpin tertinggi) tidak semestinya lelaki
bahkan wanita adalah dibolehkan sekiranya dia layak. Begitu
juga pembahagian harta kepada waris adalah sama-rata samada si anak
lelaki atau wanita, dan berbagai lagi keburukan hasil daripada fahaman liberal
ini sekiranya diperhatikan. Kerana itu umat Islam tidak boleh
memandang ia perkara biasa.
Liberaslima menolak
penguasaan terhadap individu. Hasil daripada ini ia melahirkan ahli yang bebas
memberi pandangan dan bertindak sekalipun bertentangan dengan pimpinan atau
jamaah. Kalimah fanatik dan taksub menjadi senjata hujah agar ahli
jangan terlalu mentaati pimpinan. Akhirnya menyebabkan seuatu
organisasi atau jamaah menjadi roboh disebabkan individu yang ego dengan
pandangan sendiri dan ingin melakukan revolusi secara individu.
Racun fahaman inilah yang
menyebabkan dewasa ini seseorang ahli tidak memberikan taat dan wala pada
pimpinan kerana ia merasakan kebebasan adalah hak individu, sedangkan
ratusan lembaran daripada nas agama yang memberi penjelasan bahawa mentaati
pimpinan adalah wajib selagi tidak disuruh melakukan maksiat.
Kesan fahaman ini menyebabkan leburnya sebuah jamaah dan kesatuan
Islam. Justeru apakah kita masih mahu hukum Allah ditolak kerana
hukum akal semata-mata?. Islam tidak bercanggah dengan akal, namun
akal tidak mampu untuk memahami hikmah hukum-hakam Allah
secara keseluruhannya.
Huraian di atas hanyalah
secebis daripada bentuk fahaman liberal, serta diberikan kesan-kesan daripada
agenda liberaslima agar umat Islam mengerti ke mana hala tuju fahaman musuh
Islam ini. Aktivis Islam serta golongan agamawan perlu memahami dan
menghayati akidah perjuangan agar ia tidak disalut dengan fikrah yang
datang daripada musuh Islam.
IRSHAD MANJI DAN
RACUN LIBERAL PADA ORANG AGAMA
Metodologi debat atau
diskusi matang secara dua hala antara Irshad Manji dan golongan cendekiawan
Islam adalah satu perkara yang perlu dipuji dan dan disambut baik. Namun dalam
melihat perkara mungkar, mencegah adalah satu kewajipan kepada umat Islam
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kamu adalah sebaik-baik
ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah
daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.” [‘Ali
Imran: ayat 110]
Kita tidak boleh
memandang kemungkaran pada seseorang dengan kacamata kasih sayang semata-mata.
Andainya kemungkaran itu dilakukan secara nyata dan disebarkan pula kepada
orang lain secara terbuka, maka menjadi kewajipan untuk kita mencegahnya
mengikut kemampuan yang ada. Langkah demi langkah bagi mencegah perkara
mungkar telah jelas disebutkan oleh baginda Rasululllah SAW :
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ،
فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
"Barangsiapa
di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan
tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan),
dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak
setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di
riwayatkan oleh Imam Muslim]
Berdasarkan hadis sahih
di atas, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa mencegah
kemungkaran mempunyai 3 syarat :
Pertama : Perkara
yang disepakati haramnya, iaitu tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh
yang dilakukan.
Kedua : Kemungkaran
itu dilakukan secara terang-terang. Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara
terang-terangan atau terbuka. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang
alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar.
Ketiga : Kemampuan
bertindak untuk mengubah kemungkaran. Ertinya orang yang ingin mengubah
kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun
bersama-sama dengan rakan yang lain; iaitu mengubah dengan menggunakan
kekuatan/ kuasa.
Keempat : Tidak
mendatangkan kemungkaran yang lebih besar, iaitu sekiranya pencegahan
itu mendatangkan lagi masalah yang lebih besar seperti pertumpahan darah, dan
kerosakan harta benda, maka dibenarkan perkara mungkar tersebut dibiarkan.
Pembaca yang dirahmati
Allah
Irshad Manji telah secara
terbuka mengakui dia merupakan seorang lesbian, dan secara terbuka dia mengajak
masyarakat berfikir secara bebas yang mana secara tidak lansung jika diteliti
fahamannya, ianya boleh menggalakkan individu untuk mengamalkan homoseks
sekiranya dia mahu.
Oleh yang demikian
menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam agar menghalangnya daripada
menyebarkan fahaman liberalnya. Maka ganjillah andai sebilangan kita yang terus
meletakkan konsep teguran secara lisan sebagai keutamaan apatah lagi
mendewa-dewakannya seolah-olah hanya itulah semata-mata jalan penyelesaian
bagi menolak fahaman liberal ini.
Memelihara kepentingan
umum lebih utama daripada memelihara kepentingan individu sebagaimana yang
terdapat dalam kaedah Fiqh Awlawiyat.Adalah sesuatu yang
silap dek kerana perasaan sayang kepada Irshad kita meraikan
kedatangannya dan mengadakan diskusi dua hala lalu dibiar rakyat yang
menilainya dalam keadaan rakyat sendiri jahil tentang agama. Apakah
kita mahu umat Islam menilai sesuatu kerana melihat siapa yang petah berhujah
atau menilai sesuatu dengan ilmu dan kefahaman agama. Islam bukan agama
yang dicipta oleh manusia, maka tidak semua perkara boleh dicapai oleh
akal manusia.
Justeru, fahaman liberal
yang diperjuangkan oleh Irshad Manji adalah wajib ditegur dan diperbetulkan di
atas konsep Amar Makruf manakala agenda penyebarannya kepada
masyarakat Islam perlu dihalang atau dicegah di atas konsep Nahi
Mungkar.
Tujuan penciptaan manusia
sebagai Khalifah adalah untuk melaksanakan dua perkara sebagaimana
yang disebut oleh Ulama :
Pertama : Menegakkan
Islam, iaitu dengan maksud kita mengajak manusia kepada Islam dan dan
membuktikan kebaikan dari ajaran Islam dan hukum-hukumnya.
Kedua : Melaksanakan
Islam, iaitu dengan maksud mengamalkan perintah dan meninggalkan larangannya
termasuklah urusan bermasyarakat dan bernegara. Dan juga mengajak manusia
mengamalkan ajaran Islam dan bertindak ke atas sesiapa yang mengingkarinya
serta sesiapa yang cuba merosakkannya.
CABARAN BESAR DEWASA INI
Pejam atau celik, Irshad
Manji bukanlah cabaran besar bagi kita, ini kerana kesalahan dan kejahilannya
sudah terpapar di dalam tulisan beliau dan pengakuan lisan secara nyata. Maka
sudah pasti first impression umat Islam akan
menolak ideologi yang beliau bawa.
Seekor gajah kalau
memasuki desa, rumah papan boleh diroboh dalam sekelip mata. Namun jangan
dilupa, anai-anai yang halus di mata jika dibiarkan, roboh juga sebuah
rumah dimamah olehnya.
Cabaran yang lebih besar
bagi kita adalah racun-racun fahaman liberal yang semakin parah menghinggapi
minda anak muda. Lebih mengecewakan bilamana racun fahaman tersebut turut
digunapakai oleh golongan yang mempamerkan imej agamawan di sisi kelompok
masyarakat samada ia dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Dewasa ini
gelaran ustaz dan ustazah sudah mula menjadi fitnah pada Islam itu
sendiri. Akidah perjuangan makin hari makin dikaburi oleh mata benda keduniaan,
akhirnya fahaman liberal menjadi anutan pada sebahagian yang bergelar pejuang
agama.
Ramai yang tidak
menyedari kesan-kesan fahaman liberal, hanya sibuk untuk mengambil manfaat
tanpa memikirkan mudarat atau keburukan yang tersirat. Ramai
yang tidak sedar minda mereka sudah dihinggapi racun fahaman liberal dan
terpengaruh dengannya. Bagaimana untuk mereka sedar sedangkan mukadimah kepada
ilmu dan pemikiran mereka adalah bersumber daripada fahaman liberal itu
sendiri. Mana mungkin fahaman yang terselit dan beramal dengan serpihan fahaman
liberal mampu untuk membersihkan fahaman liberal. Bahkan golongan yang
dihinggap serpihan fahaman liberal ini akan merosakkan lagi Islam
yang ada seandainya mereka berjuang dengan ideologinya. Saidina Umar Al Khattab
ra. berkata ;
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
"sesungguhnya
terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila
wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”
Jika fikrah sudah
berbintik hitam, bagaimana untuk dia menewaskan kegelapan sedangkan minda dan
akalnya tidak dipenuhi dengan fikrah yang bersih lagi bersinar terang. Islam
hanya boleh ditegakkan dengan manhaj Islam itu sendiri, sumber manhajnya sudah
ditinggalkan dengan sempurna oleh baginda Nabi SAW. Ianya terkandung di dalam
lembaran al-Quran, Hadis-hadis baginda dan sirah sepanjang kehidupannya. Yang
tinggal hanyalah kita yang masih bodoh dan tidak ingin mendalaminya. Ataupun
kekotoran hati yang menyebabkan kita sukar untuk meyakininya sekalipun telah
sampai kepada kita segala isi kandungannya.
Aktivis Islam perlu
menyemak kembali akidah perjuangannya. Kaburnya akidah perjuangan,
kaburlah ke mana halatuju perjuangan ini. Golongan yang
mempelajari agama makin hari makin berkurangan, maka bertambah
rugilah andai yang mempelajari agama itu tidak memahami akidah perjuangan.
Moga Allah memberikan kebaikan ke atas pembaca yang menghayati tulisan ini.
"Mahasiswa Mendepani
Isu Sejagat"
"Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan"
Abdul Hadi Bin Jusoh,
Ketua Badan Penerangan
dan Penerbitan,
Persekutuan Melayu
Republik Arab Mesir 2012
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment