Monday, May 14, 2012

Tahniah Buat Skuad Hoki Negara



Usaha gigih dan tidak kenal erti putus asa sudah pasti akan mendatangkan hasilnya. Begitulah ungkapan semangat setelah Skuad Hoki Remaja Malaysia berjaya menamatkan penantian selama 20 tahun apabila menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Asia Ke-7 yang berlansung di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka malam tadi.

Pada aksi final di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka itu, skuad negara menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan Pakistan 2-1, sekali gus menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Asia ke-7.

Kemenangan Skuad Malaysia pada kejohanan kali ini telah menebus kembali kekecewaan pada tahun 1992, apabila Malaysia terpaksa akur dengan kebolehan pemain Pakistan pada ketika itu. Namun kejohanan edisi 2012 ini telah membuktikan kehebatan dan kecemerlangan skuad negara apabila berjaya menundukkan Pakistan dalam kejohanan yang sama.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pemain negara yang berjaya memenangi kejohanan ini sekaligus melangsaikan dendam kekalahan edisi 1992 kepada Pakistan 0-.3 dipentas final.

"Islam tidak melarang umatnya untuk bermain apa jua permainan yang pasti ia berlandaskan dengan syariat islam. Tahniah diucapkan kepada skuad negara kemenangan  kejohanan ini sekaligus membuktikan slogan Malaysia Boleh berjaya kalian lunaskan" ujar saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah, ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM 2012.

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM