Perkataan Rejab
terdiri daripada huruf Ra Jim Ba. Gabungan tiga huruf bermaksud
menyokong sesuatu atau menguatkan sesuatu. Dikatakan masyarakat Arab menamakan
bulan tersebut sebagai Rejab kerana pada masa itu mereka membuat sokongan pada
pokok-pokok kurma yang hampir tumbang. Mereka memuliakan bulan ini dengan
beberapa cara. Antaranya:
1. Diharamkan berperang pada bulan tersebut.
2. Melakukan sembelihan binatang ternakan yang
dinamakan "Athirah".
Perkataan Rejab
tidak terdapat di dalam Al-Quran. Al-Quran hanya menyebut bulan-bulan haram
tanpa menjelaskan secara khusus apakah yang dimaksudkan dengan bulan-bulan
tersebut.
Firman Allah
SWT:
{إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ
اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا
تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا
يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ}
[التوبة: 36]
Maksud : Sesungguhnya
bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah SWT ialah dua belas bulan (yang
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi di
antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu adalah agama
yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang
dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum Kafir Musyrik
semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Sesungguhnya Allah
bersama-sama dengan orang yang bertaqwa.
[At-Taubah:
36]
Faedah Ayat
1. Bulan-bulan Islam itu adalah bulan yang
diiktiraf di dalam syariat Islam sebagai penanda masa bagi ibadah. Misalnya
penanda masa bagi puasa yang merupakan rukun Islam yang ke-2 adalah bulan
Ramadan.
2. Dalam 12 bulan Islam, terdapat pula empat
bulan yang disebut sebagai bulan haram. Haram di dalam ayat di atas bermaksud
ia perlu dihormati.
3. Allah SWT melarang melakukan sebarang
bentuk kezaliman pada bulan-bulan haram. Hal ini bukan bermakna kezaliman itu
boleh dilakukan pada bulan-bulan selain bulan haram. Ia tetap dilarang
tetapi penekanan khusus diberikan pada bulan-bulan haram sebagai tanda
memuliakannya.
Allah SWT berfirman:
{الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ
الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا
عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ
اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ} [البقرة: 194]
194. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu
ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan
tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang
seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka
balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya
kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah, sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Firman Allah
SWT:
{يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ
قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ } [البقرة: 217]
217. Mereka bertanya kepadamu (Wahai
Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah:
"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar”
Allah SWT
berfirman:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا
تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا
الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنْ
رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا} [المائدة: 2]
2. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai
bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke
Mekah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai
orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah
kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya
(dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci).
Sabda Rasulullah SAW:
الزَّمَانُ قد اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ
يوم خَلَقَ الله السماوات وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا منها
أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ
وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الذي بين جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Maksud : Masa
itu telah kembali semula seperti asal ketika Allah SWT menjadikan langit dan
bumi. Setahun itu mangandungi dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan
haram. Tiga daripada empat bulan tersebut adalah berturut-turut iaitu
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sementara bulan Rejab umpama kabilah Mudhar
yang berada di antara bulan Jumadal Akhirah (Jamadil Akhir) dan Syaaban.
[Sohih Bukhari, Kitab Permulaan
Kejadian, Bab Tentang Tujuh Lapisan Bumi, Jilid:3, m/s:1168, no:30265]
Hadis di atas
menjelaskan maksud bulan-bulan haram yang disebut di dalam Al-Quran secara umum
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Hukum Berkaitan
Bulan Rejab
Perang
Menurut
kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah, tidak boleh diadakan sebarang peperangan
sepanjang bulan Rejab dan bulan-bulan haram yang lain. Setelah kedatangan
Islam, hukum ini dikekalkan. Allah SWT berfirman:
{يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ
قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ } [البقرة: 217]
217. Mereka bertanya kepadamu (Wahai
Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah:
"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar
Kemudian
larangan ini dinasakhkan dengan akhir ayat yang ke-36 daripada surah at-Taubah.
Ini adalah pendapat jumhur ulama'. Sebahagian ulama' berpendapat larangan
perang di bulan haram masih lagi kekal tetapi tidak menjadi masalah bagi umat
Islam untuk mempertahankan kesucian bulan-bulan haram itu dengan mengadakan
peperangan jika ia dimulakan terlebih dahulu oleh pihak musuh.
Allah SWT
berfirman:
{الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ
الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا
عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ
اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ} [البقرة: 194]
194. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu
ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap
perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh
itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah
pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu;
dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah, sesungguhnya Allah beserta
orang-orang Yang bertaqwa.
Puasa
Tiada nas yang
sohih menyatakan hukum tentang puasa Rejab secara khusus sama ada yang
menunjukan sunat atau laragan. Terdapat hadis yang melarang berpuasa pada bulan
Rejab namun ulama' menilaikannya sebagai lemah. Begitu juga terdapat
hadis-hadis yang menggalakkan puasa sunat di bulan Rejab. Namun ia dinilaikan
oleh ulama sebagai sangat lemah. Sebahagian ulama' berpendapat hukum berpuasa
pada bulan Rejab itu adalah sunat berdasarkan hadis yang menggalakkan puasa
pada bulan-bulan haram.
عن مُجِيبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ عن
أَبِيهَا أو عَمِّهَا أَنَّهُ أتى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ
انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وقد تَغَيَّرَتْ حالته وَهَيْئَتُهُ فقال يا رَسُولَ
اللَّهِ أَمَا تَعْرِفُنِي قال وَمَنْ أنتَ قال أنا الْبَاهِلِيُّ الذي جِئْتُكَ
عَامَ الْأَوَّلِ قال فما غَيَّرَكَ وقد كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ قال ما
أَكَلْتُ طَعَامًا إلا بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ فقال رسول اللَّهِ صلى الله
عليه وسلم لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ ثُمَّ قال صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا من
كل شَهْرٍ قال زِدْنِي فإن بِي قُوَّةً قال صُمْ يَوْمَيْنِ قال زِدْنِي قال صُمْ
ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ قال زِدْنِي قال صُمْ من الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ من
الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ من الْحُرُمِ وَاتْرُكْ وقال بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ
فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
Maksud : Daripada
Mujibah al-Bahiliyah, bapanya atau bapa saudaranya menemui Rasulullah SAW
kemudian beliau pulang ke kampungnya. Setelah setahun berlalu, beliau menemui
Rasulullah SAW semula dalam keadaan dirinya yang berbeza daripada sebelumnya.
Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah! masihkah engkau mengenaliku? Rasulullah
SAW bertanya: Siapakah kamu? Beliau berkata: Akulah orang yang datang menemuimu
tahun lalu. Rasulullah bersabda: Apakah yang menyebabkan keadaanmu berubah,
sedangkan sebelum ini kamu kelihatan segak? Beliau berkata: aku tidak menjamah
makanan melainkan pada waktu malam sejak aku meninggalkanmu tahun lalu.
Rasulullah SAW bersabda: Kenapa kamu menyiksa dirimu? Puasalah hanya di bulan
Ramadhan dan satu hari pada setiap bulan. Kemudian beliau berkata: Tambahlah
lagi wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku mampu. Rasulullah menjawab: Puasalah
dua hari dalam sebulan. Lalu dia berkata lagi: Tambahlah lagi wahai Rasulullah.
Rasulullah SAW menjawab: Puasalah tiga hari. Dia berkata: Tambahlah lagi. Nabi
bersabda: Puasalah pada hari-hari daripada bulan-bulan haram dan
tinggalkan sebahagian daripadanya. (Nabi mengulangi sebanyak tiga kali).- [Sunan
Abu Daud, Kitab Puasa Bab Puasa Pada Bulan-bulan Haram, Jilid:2, m/s:322,
no:2428]
Hadis ini
mempunyai sedikit masalah pada sanadnya. Namun ia merupakan hadis yang paling
kuat dalam menyatakan sunat berpuasa pada bulan Rejab di samping bulan-bulan
haram yang lain.
Oleh sebab bulan
Rejab salah satu daripada bulan haram yang diberkati oleh Allah, maka amalan
yang dilakukan padanya sudah tentulah mempunyai kelebihan khusus berbanding
bulan-bulan biasa. Begitu juga kejahatan yang dilakukan padanya lebih berat
berbanding dengan kejahatan yang dilakukan pada bulan-bulan biasa. Inilah yang
difahami daripada larangan yang terkandung di dalam firman Allah SWT yang
berbunyi:
فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ
أَنْفُسَكُمْ
Maka janganlah kamu menganiayai diri
kamu dalam bulan-bulan haram (dengan melanggar larangan-Nya) [at-Taubah:
36]
Oleh itu, sebahagian ulama'
berpendapat digalakkan melakukan amal soleh pada bulan Rejab dan bulan-bulan
haram yang lain seperti puasa, solat, sedekah dan seumpamanya.
Sembelihan
Antara budaya
masyarakat Arab Jahiliah ialah mempersembahkan korban berupa haiwan ternakan
kepada berhala-berhala mereka. Korban ini dinamakan 'Athirah'. Setelah
kedatangan Islam, amalan ini diharamkan sama sekali. Rasulullah SAW bersabda :
لَا فَرَعَ ولا عَتِيرَةَ
Maksud: Tiada
sembelihan "Faraak" yang dibenarkan, begitu juga sembelihan
"Athirah".
[Sohih Bukhari,
Kitab Aqiqah, Bab Athirah, Jilid:5, m/s:2083, no:5257]
Farak ialah
sembelihan yang dipersembahkan kepada berhala apabila unta yang diternak oleh
seseorang itu memperolehi anak yang pertama.
Athirah pula
ialah sembelihan yang dilakukan pada bulan Rejab. Ia juga dinamakan sebagai
Rajabiyyah.
Dua jenis
sembelihan ini telah dihapuskan oleh Islam. Namun menurut setengah ulama' hanya sembelihan yang dipersembahkan kepada
berhala dan dengan anggapan wajib sahaja yang dibatalkan oleh Islam. Oleh itu,
mereka berpendapat sembelihan "Athirah" itu hukumnya digalakkan
sahaja. Hal ini selagimana ia tidak terikat dengan kepercayaan dan sembahan
berhala, maka mana-mana yang disembelih kerana Allah, maka halal sembelihannya.
Berdasarkan
kepada hadis daripada Nubaisyah, mereka (para sahabat) bertanya kepada Nabi SAW
berkenaan dengan sembelihan athirah sejak zaman jahiliyah iaitu sembelihan
dalam bulan Rejab. Lalu Nabi SAW menjawab :
اذْبِحُوا لله فِي أَيِّ شَهْرٍ كان وَبِرُّوا الله وَأَطْعِمُوا
“Sembelihlah niat kerana Allah pada
mana-mana bulan sekalipun, dan lakukan kebaikan kepada Allah dan berilah makan
(kepada manusia lain)” – Abu Daud no 2830, An-Nasai no
4233
Ibu Abbad RA menyatakan bahawa makruh
menjadikan bulan Rejab sebagai perayaan (iaitu berkaitan sembelihan athirah
pada bulan Rejab,yang memberikan maksud sembelihan tersebut sebagai sebuah
perayaan). – Kitab Latoif Al-Maarif, cetakan Al-Maktab Al-Islami, m/s 212
Justeru, sebahagian ulama yang
menyatakan tidak mengapa melakukan sembelihan ialah apabila tidak terikat
dengan kepercayaan iaitu sembelihan adalah niat kepada Allah, dan sembelihan
tersebut bukan ada apa-apa kaitan dengan perayaan sebagaimana pada zaman
jahiliyah.
Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang
Bulan Rejab
1. Perang Tabuk tahun ke-9 Hijriah
2. Perang Yarmuk tahun ke15 Hijriah
3. Kemasukan awal Tariq bin Ziyad ke bumi Andalus pada tahun ke-97
Hijriah
4. Pembukaan kali ke-2 Baitul Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi (hari Jumaat 27
Rajab 583 Hijrah)
5. Isra' Mikraj pada 27 Rejab (pendapat yang masyhur. Pendapat ini
dipegang oleh Imam Ibnu Hajar)
6. Pensyariatan solat (ketika peristiwa Isra’ Mikraj pada 27 Rejab)
Wallahu a’lam
Disediakan oleh:
Rabiatul Adawiyah Shamsudin
Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. Sohih Bukhari, Dar Ibn Kahtir
3. Sohih Muslim, Dar Ihya' Turath al-Arabiy
4. Sunan Abu Daud, Dar al-Fikr
5. Syarah an-Nawawi ala Sohih Muslim, Dar Ihya' Turath al-Arabiy
6. Mu'jam Maqayis al-Lughah, Dar al-Jil
7. Maktabah as-Syamilah
8. Mizan al-I'tidal, Dar al-Kutub al-A'lamiah
9. Kasyfu al-Khafa', Muassasah ar-Risalah
10. al-Misbah al-Munir, Maktabah al-A'lamiah
Rujukan tambahan :
1 - Al-Fiqh Al-Islami
Wa Adillatuh, jilid pertama, oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily, cetakan Dar Al-Fikr
2 - Latoif Al-Ma’arif,
oleh Imam Ahmad bin Rajab Al-Hanbali, cetakan Al-Maktab Al-Islami
Sumber : manhal.pmram
Halo semuanya, Nama saya Siska wibowo saya tinggal di Surabaya di Indonesia, saya seorang mahasiswa, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman untuk sangat berhati-hati karena ada banyak perusahaan pinjaman penipuan dan kejahatan di sini di internet , Sampai saya melihat posting Bapak Suryanto tentang Nyonya Esther Patrick dan saya menghubunginya melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)
ReplyDeleteBeberapa bulan yang lalu, saya putus asa untuk membantu biaya sekolah dan proyek saya tetapi tidak ada yang membantu dan ayah saya hanya dapat memperbaiki beberapa hal yang bahkan tidak cukup, jadi saya mencari pinjaman online tetapi scammed.
Saya hampir tidak menyerah sampai saya mencari saran dari teman saya Pak Suryanto memanggil saya pemberi pinjaman yang sangat andal yang meminjamkan dengan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp200.000.000 dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dengan tingkat bunga rendah 2 %. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa nomor saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, segera saya menghubungi ibu melalui (estherpatrick83@gmail.com)
Dan juga saya diberi pilihan apakah saya ingin cek kertas dikirim kepada saya melalui jasa kurir, tetapi saya mengatakan kepada mereka untuk mentransfer uang ke rekening bank saya, karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres atau penundaan.
Yakin dan yakin bahwa ini asli karena saya memiliki semua bukti pemrosesan pinjaman ini termasuk kartu ID, dokumen perjanjian pinjaman, dan semua dokumen. Saya sangat mempercayai Madam ESTHER PATRICK dengan penghargaan dan kepercayaan perusahaan yang sepenuh hati karena dia benar-benar telah membantu hidup saya membayar proyek saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi Madam melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (siskawibowo71@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau menginginkan prosedur untuk mendapatkan pinjaman
Sekarang, yang saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman bulanan yang saya kirim langsung ke rekening bulanan Nyonya seperti yang diarahkan. Tuhan akan memberkati Nyonya ESTHER PATRICK untuk Segalanya. Saya bersyukur