(Antara Hak dan Maruah)
NAKBAH
bermaksud malapetaka atau kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa
orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai dan juga
tertegaknya negara haram Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15
Mei 1948, sekaligus petanda besar kepada kemusnahan dunia.
Derita umat Islam
telah berpuluh tahun lama dipenjarakan di dalam jeriji besi Zionis Israel. Pada
April 2012 seramai 1600 tahan bermogok lapar sebagai simbol bantahan kepada
dasar ketidakadilan Israel terhadap mereka.
(Bersama Memperingati Nakbah Palestin)
Justeru, sempena memperingati hari tersebut, PMRAM menganjurkan
seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk BERPUASA
hari Isnin 14 Mei sebagai tanda simpati terhadap saudara seakidah kita
yang dizalimi di tanah Palestin.
Nakbah Palestin adalah isu bersama, mereka luka dan
mereka derita, sedang kita asyik leka dan terus ketawa. Semoga sedikit usaha
menjadi jawapan kepada persoalan malaikat di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment