Home » » Jadikan Rejab Permulaan Tarbiah

Jadikan Rejab Permulaan Tarbiah




Ruang lingkup pentarbiahan Rejab kini semakin menghampiri kita. Sedar ataupun tidak ia memberikan kita satu isyarat dalam membuat persediaan menghadapi pentarbiahan Ramadhan.

Jika kita hayati, lipatan sejarah Islam terlakarnya satu peristiwa agung di mana pensyariatan Solat dalam Israk Mikraj. Bagaimana kita sendiri mengetahui pengalaman Nabi Muhammad SAW yang ditemani Malaikat Jibrail AS berhadapan dalam pelbagai keadaan umat manusia sehingga bersemuka dengan Allah SWT.

Peristiwa Israk Mikraj adalah perintis bagaimana manusia mendapat satu amanah yang dipikul sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta. Ibadah Solat yang disyariatkan memberikan satu pertalian akrab antara hamba dengan pencipta sekaligus tempat pergantungan selayaknya.

Dalam pada itu, sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya solat mencegah daripada perkara keji dan mungkar" maka kesungguhan dalam menunaikan solat sudah pasti menjadi pendinding kepada perkara yang dilarang Allah SWT.

Menghayati sejarah yang berlaku dalam bulan Rejab ini dapat memberikan intipati kepada kita untuk memanfaatkan kesempatan berada dalam bulan Rejab kali ini. Bertepatan dengan pembawaan PMRAM sesi 2012 "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" di bawah subtopik "Memperkukuhkan Sinergi Dakwah Melalui Tarbiah", ianya sudah pasti memberikan satu momentum  dalam mentitik beratkan tarbiah bagi mengaplikasikan dakwah untuk masyarakat.

Jadikan bulan Rejab ini satu medan pentarbiahan jiwa dan akal bagi melahirkan generasi ilmuwan Islam sekaligus menjadi ikon kepada umat Islam seluruh dunia.

Ahmad Baihaki Rashid
Naib Presiden I
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

sumber :pmram.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger