Saturday, May 5, 2012

Pembenteng Da’ie Adalah Sekitarnya



Maksudnya : (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) keluarkan orang-orang Yang beriman Yang tinggal di (perkampungan) situ. (Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah Rumah sahaja Yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
(Surah Az-‘Zariyat : 35-36 )

Ayat ini menceritakan bahawa Allah SWT perintahkan Nabi Luth AS agar membawa seluruh orang yang beriman berada di negeri tersebut untuk berhijrah ke negeri lain kerana Allah SWT mahu turunkan bala dan azab seksaan kepada mereka yang ingkar dan menentang ajaran Allah SWT. Kemudian Nabi Luth AS berkata bahawa tiada sebuah rumah pun yang beriman dan mengakui Risalah Islam adalah benar melainkan sebuah rumah sahaja iaitu ahli rumah Nabi Luth AS sendiri.

Semestinya bagi seorang da’ie akan memerlukan bantuan pertolongan daripada ahli keluarganya ketika menyampaikan Risalah Islam kepada masyarakat. Begitulah juga perihalnya yang terjadi kepada semua Nabi dalam menyampai mesej Islam. Bahkan, ianya adalah sunnah Allah SWT.

Satu keadaan yang maha bahaya sekiranya seorang da’ie tidak memulakan seruan Islam kepada keluarganya terdahulu. Tidaklah pelik sekiranya kita memerhatikan bahawa orang yang mula-mula memeluk Islam pada permulaan dakwah Nabi Muhammad SAW adalah ahli keluarga Baginda dan sekitar dalam rumahnya iaitu isteri Baginda iaitu Khadijah RA, khadamnya Zaid bin Harithah RA, sepupunya Ali bin Abi Talib RA yang telah tinggal bersama dengan Baginda SAW. Begitu juga anak-anak Baginda iaitu Zainab RA, Ruqayyah RA, Ummu Khalthum RA, dan Fatimah Az-Zahra’ RA.

Dari sini kita akan fahami bahawa mereka mampu menjadi benteng dan pelindung kepada da’ie dalam penyampaian Islam. Beginilah juga peristiwa Nabi-nabi terdahulu. Antaranya Nabi Luth AS sepertimana yang telah diceritakan oleh ayat Allah surah Az-‘Zariyat ayat 35 hingga 36..

Ayat Allah surah Az-‘Zariyat ayat 35 hingga 36 telah menyebut bahawa dakwah Islam yang disampaikan oleh Nabi Luth AS langsung tidak diterima oleh masyarakatnya melainkan sebuah rumah sahaja iaitu rumah Nabi Luth AS sendiri iaitu Baginda dan dua orang anak perempuannya. Itu pun isterinya adalah kafir dan mengkhianati perjuangan Baginda dalam menyampaikan mesej Islam.

Setelah turun perintah Allah SWT ini, Baginda Nabi Luth AS beserta dua anak perempuannya berhijrah ke Syam. Ketahuilah, pemindahan Baginda AS langsung tidak mendapat mana-mana bantuan oleh umatnya ketika itu kerana tiada satu pun yang beriman kepada Allah dan Rasul dan sudi untuk menolongnya.

JANGAN LUPA PADA KELUARGA
Sekalipun da’ie berstatus wakil rakyat yang sibuk melayan karenah masyarakatnya, janganlah dilupakan ahli keluarga. Sekiranya kita berhadapan cabaran payah samada ujian harta benda atau hati yang sedih, ahli keluarga akan membantu bahkan sanggup untuk menjadi benteng.

Bukankah pelik seorang bapa saudara terdekat Nabi Muhammad SAW, Abi Talib yang langsung tidak memeluk agama Islam sudi mempertahankan dan menolong Nabi Muhammad SAW dari ancaman.

KELUARGAKU TIDAK SEMESTINYA ADA PERTALIAN DARAH

Keluarga kita bukanlah hanya terhenti kepada yang ada hubungan pertalian darah seperti ibu, ayah dan sebagainya. Bukan juga hanya terhenti kepada mana-mana individu yang ada hak terhadap harta pusaka. Namun, hubungan kekeluargaan akan dapat dirasaiapabila terbinanya sebuah kesatuan di sekitar kita seperti jiran, sahabat rapat, dan sebagainya. Bahkan, Mahasiswa Malaysia Islam yang tinggal di bangunan kerajaan negeri di Mesir, keseluruhannya juga boleh digelarkan sebagai ahli keluarga.

Di kala sibuk menyampaikan mesej dakwah Islam melalui kepakaran multimedia, kepimpinan dan sebagainya, jangan dilupa bina kekuatan di sekitar kita iaitu mereka yang telah rapat dan kenal akan diri kita ini kerana mereka sangat berkemampuan untuk melindungi kita dari gangguan musuh Islam insyaAllah.


Disediakan oleh,
WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Kuliah Usuluddin,
Universiti Al-Azhar, Kaherah


Rujukan :
1.       Manhaj Haraki li Sirah Nabawiyah oleh Dr Mohammad Munir Al-Ghadban, cetakan Darul Wafa’
2.       Al-Asas fi At-Tafsif oleh Syeikh Said Hawwa, cetakan Dar As-Salam


*** artikel ini telah disemak oleh anggota Felo MANHAL 2012

sumber : manhal-pmram



1 comment:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...