Home » » Utusan Malaysia Perlu Bertindak Matang

Utusan Malaysia Perlu Bertindak Matang



Akhbar adalah teman setia bagi golongan marahen dalam sesebuah negara. Ianya sebuah jambatan dalam menyebarkan segala isu yang sedang melanda. Justeru akhbar perlu dikemudikan dengan sebaik-baiknya agar ianya bukan bersifat tangkap muat, fitnah, penghasutan dan provokasi yang boleh mencetuskan suasana huru-hara dalam negara.

Melihat kepada paparan utama akhbar Utusan Malaysia  bertarikh 2 Mei 2012, PMRAM amat kesal dengan paparan tersebut yang jelas mencerminkan integriti yang rendah bagi sebuah akhbar yang menjadi nadi penyebar maklumat kepada rakyat, lebih-lebih lagi Utusan Malaysia tersenarai di kedudukan tangga yang ke-32 dalam senarai The top 500 sites in Malaysia yang dikeluarkan oleh Alexa, The Global Leader in Analytics ( tarikh 2 mei 2012).

Justeru sebagai sebuah akhbar yang menjadi rujukan umum, Utusan Malaysia sewajarnya memainkan peranan yang terbaik dan bersikap matang dalam menyaring berita sebelum disebarkan kepada masyarakat. Peranan akhbar bukanlah semat-mata untuk menyebarkan maklumat bahkan maklumat yang dipaparkan dan disebarkan itu mestilah jelas, benar dan tepat faktanya.

Tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan laporan dan berita berunsurkan lucah ini perlu dilihat sebagai suatu perkara yang besar lebih-lebih lagi ini bukanlah kali pertama paparan seperti ini disiarkan oleh Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Malaysia. Berita yang dipaparka itu jelas mengaibkan imej peribadi individu tertentu tanpa asas yang kukuh. Bukan itu saja, bahkan ianya juga menambahkan lagi suasana dan polemik yang kurang enak dalam masyarakat Malaysia sejak mutakhir ini .

Pelbagai tohmahan yang mula timbul sudah pasti menambah buruk imej Utusan Malaysia sekaligus mencemarkan lagi kualiti kerja yang di amanahkan oleh kerajaan Malaysia. PMRAM mengharapkan agar setiap isu yang ingin dipaparkan oleh mana-mana akhbar termasuk Utusan Malaysia diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum penerbitan dilakukan. Apatah lagi seandainya isu tersebut melibatkan aib dan maruah diri seseorang yang boleh mengundang pelbagai fitnah dan persepsi masyarakat.

Peranan akhbar adalah menjelaskan isu yang melanda, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengharmonikan suasana negara, bukan mengotorkan lagi nilai murni pemikiran anak bangsa.

Abdul Aziz Bin Ali,
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Sumber : pmram.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger