Thursday, May 24, 2012

Kerjasama Antara PMRAM-KBMK Diperkukuhkan




MOHANDESSIN, 22 Mei 2012 - Barisan Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi sesi 2012 hari ini telah membuat kunjungan rasmi ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah bagi mengeratkan lagi jalinan antara kedua belah pihak.

Kunjung hormat tersebut diwakili oleh enam anggota Majlis Presiden yang terdiri daripada Presiden Saudara Abdul Aziz bin Ali,  Timbalan Presiden Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi,  Naib Presiden I Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid , Naib Presiden II Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri , Naib Presiden III Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi , dan Setiausaha Agung Saudara Norhalis Syafiq bin Ahmad.

Pertemuan selama 2 jam 30 minit ini telah membincangkan beberapa kemaslahatan berkaitan keselamatan dan pendidikan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

Berkata Presiden Saudara Abdul Aziz bin Ali "Pihak PMRAM amat berbesar hati khususnya kepada TYT Dato' Dr.Mohd Fakhrudin Abdul Mukti selaku Duta Malaysia Ke Kaherah kerana sudi menerima kunjungan malah bersedia berbincang bersama pimpinan PMRAM demi kepentingan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sini ".

Pertemuan tersebut telah diadakan di Pejabat Dato' TYT dan antara topik perbincangan ialah berkaitan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) dan reaksi positif pihak Dato' TYT bersedia untuk berbincang semula mengenai tuntutan PMRAM antaranya pejabat PMRAM di ARMA dan peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah 1981.

"Pihak kami amat menyambut baik apabila  TYT Dato' Duta bersedia untuk berbincang berkenaan ARMA, inilah yang dinamakan sebagai perbincangan, apabila kedua-dua belah pihak bersedia untuk berbincang secara fakta dan profesional, dan kami amat berterima kasih di atas perhatian tersebut", ujar Timbalan Presiden Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selepas pertemuan tersebut.


sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...