NAKBAH bermaksud malapetaka,
bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa
orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai
dantertegaknya negara haram Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15
Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.
Tertubuhnya Negara Haram Israel
pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia.
Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan derita tangis ke
atas umat Islam yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang-orang Yahudi dihalau
oleh Allah SWT 2000 tahun yang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para
Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada
Allah SWT.
Penubuhan Zionis Antarabangsa
dan Deklarasi Balfour
Pertubuhan Zionis Antarabangsa
telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di
Basel. Pertubuhan ini telah melantik Theodor Herzl sebagai Presiden yang
pertama. Tujuan utama ditubuhkan pertubuhan ini adalah untuk mendirikan sebuah
negara sekular moden bagi bangsa Yahudi. Maka beberapa perancangan dan strategi
telah diaturkan untuk menjadikan agenda jahat mereka berjaya.
Beberapa strategi telah disusun
untuk menimbulkan simpati serta persetujuan House Of Common di Britain. Hasil
daripada itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain dikeluarkan
yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada November 1917. Ia juga telah
dibincangkan secara mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917
oleh Kabinet Perang di London. Pada waktu itu juga, berlakunya serangan tentera
British bagi menawan Palestin.
Palestin secara rasmi jatuh ke
tangan penjajah pada era moden ini setelah mana ia jatuh ke tangan British yang
menjajah tanah suci tersebut. British di bawah pimpinan General Allenby berjaya
menawan Palestin daripada naungan
empayar Khalifah Uthmaniyah. Beliau berjaya menawan Palestin pada Disember 1917
setelah memulakan serangan bermula 31 Oktober 1917. Pada tahun 1919, selepas
Perang Dunia Pertama Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British, British akhirnya berjaya menumpaskan Empayar
Khilafah Uthmaniyah. Maka rentetan daripada itu, bermulalah perpindahan secara
besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari tahun
1918-1947.
Penubuhan Negara Haram Israel
Pada 14 Mei 1948, Ben Gurion
mengadakan upacara di Tel Aviv Muzium untuk mewartakan kelahiran negara baru
iaitu Israel. Dalam pada itu, keganasan Israel terus memuncak ke atas penduduk
Palestin. Pada hari berikutnya iaitu 15 Mei, selepas British keluar secara
rasmi dari Palestin, kumpulan pengganas Yahudi Irgun telah menyerang bandar
Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk daripada itu
dimana telah menyebabkan 70 ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan
diri.
Apa yang menjadi dorongan
kepada Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini,
Presiden Amerika Syarikat Harry Truman memberikan sokongan diikuti oleh
negara-negara lain seperti Britain, Romania dan Uruguay. Malah dua hari selepas
itu, beberapa negara lain Soviet Union, Poland, Ireland dan lain-lain negara
telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi, sokongan Amerika Syarikat
terhadap Israel adalah 31 Januari 1949.
Tel Aviv Hari Ini
Sejak kelahiran negara haram
Israel 64 tahun yang lalu, dunia telah memerhatikan dengan penuh kehairanan
bagaimana orang-orang Yahudi telah mengembangkan negara Israel mereka yang
berasaskan sekular dan bukannya berasaskan agama. Telah banyak kerosakan yang
dilakukan oleh mereka termasuk riba, zina, penindasan, kerosakan moral dan
nilai-nilai yang tidak mengikut ajaran Tuhan.
Adakah bumi yang pernah dipijak
oleh para Anbiya ini rela dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh golongan
Yahudi hari ini. Jawapannya tidak!,
Mereka akan dihukum oleh Allah SWT sekali lagi, dan mereka akan melihat
kemusnahan yang terbesar yang tidak dapat mereka bayangkan sebelum ini serta
pertempuran yang paling dahsyat antara orang-orang Muslimin dan Yahudi.
Hal ini belum berakhir,
pandangan umum kelihatan seolah-olah Israel telah dikepung oleh orang-orang
Arab dan sedang mengambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya dari
disembelih oleh orang-orang Arab.Hakikatnya setelah kemusnahan Kem Pelarian
Jenin dan penyembelihan orang-orang Arab, Israel pada hari ini sedang bersiap
sedia untuk mencetuskan satu peperangan besar ke atas orang-orang Arab untuk
menambahkan lagi keluasan tanah jajahan dan ruangan strategiknya di kawasan
Timur Tengah agar menyamai keluasan wilayah Tanah Suci Biblikal, iaitu dari
sungai di Mesir (penguasaan Terusan Suez) hingga ke Sungai Euphrates
(penguasaan minyak di Timur Tengah). Inilah cita-cita dan impian Yahudi
la'natullah.
Mereka juga sangat obses dengan
Tanah Suci serta berusaha kearah memusnahkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka meyakini Nabi Penyelamat Agung
akan turun menyelamatkan mereka serta menjadikan Yahudi bangsa yang terhebat
dan akan memerintah dunia dari Jerusalem seperti zaman kegemilangan Nabi Daud
dan Sulaiman. Tetapi sangkaan mereka silap sama sekali, Nabi Penyelamat Agung
yang dipercayai mereka itu sebenarnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal yang akan
memimpin orang-orang Yahudi dan akan melakukan penipuan terbesar dalam sejarah
akhir zaman.
Kemenangan Pasti Tiba
Biar sehebat mana pun perancangan musuh Allah untuk
menghancurkan Islam, dan biar sehebat mana pun ujian dan fitnah yang menimpa
muslimin pada hari ini, jangan sesekali kita lupa bergantung harap pada Allah
SWT. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Semoga
usaha, pengorbanan, darah kita menjadi saksi di akhirat kelak bahawasanya
inilah buktinya kasih dan cintanya kita pada agama suci ini.
Akhirnya, genggamlah nukilan kata semangat waja yang
dinyatakan oleh pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani :
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin
bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu
tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan
Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin
walaupun orang-orang kafir."
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment