Sunday, May 13, 2012

Ehya’ Jum’ah : Syukuri Nikmat Tuhan



KAHERAH , 11 Mei  -  Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali lagi dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah Dan Tarbiah KPIPM  yang merupakan program mingguan yang masih dikekalkan sejak bertahun lamanya.
Program yang bermatlamatkan kepada pentarbiahan di samping merapatkan ukhwah dalam kalangan mahasisiwa/wi anak perak yang menuntut di bumi Mesir ini juga merupakan salah satu medan untuk membentuk sebuah generasi yang berketerampilan dengan pentaklifan yang diberikan pada setiap minggu.

Selesai solat maghrib berjemaah , bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, Program Ehya’ Jumaah telah  dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Adil bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Hussaini Bin Mohamed Hussain mahasiswa tahun 1 Universiti Al-Azhar Kaherah  yang  ditaklifkan untuk menjadi khalifah bacaan yasin secara beramai-ramai.

Selesai bacaan yasin, majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan santapan rohani melalui tazkirah yang disampaikan oleh saudari Siti Aisah Binti Nasaruddin mahasiswi Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah merangkap Timbalan Ketua Hal Ehwal Wanita Islam KPIPM 2011/2012  sebagai peringatan kepada semua hadirin.  

Memetik dari surah Al-Mujahadah ayat 11, beliau telah mengingatkan kepada semua hadirin mengenai beberapa nikmat yang perlu disyukuri sebagai hamba Allah yang diberikan peluang lahir di dunia ini dengan keadaan sebagai seorang Muslim. Dan beliau juga berpesan mengenai perkara amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim sehingga Allah mengangkat Umat Islam sebagai sebaik-baik umat.  

Sejurus selasai solat Isyak dan solat hajat berjemaah Program Ehya Jumaah ditangguhkn dengan semua hadirin saling bersalam salaman.

Pada keesokan paginya pula bertempat di Darul Ridzuan A, program Ehya’ Jumaah diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta pengisian tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudara Mohd Nor Hafiz Bin Mohamed Hashim penuntut kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah . Manakala bertempat di Wisma Darul Ridzuan B pengisian tazkirah subuh telah disampaikan oleh saudara Kamaruzzaman Bin Fakhrurrazi penuntut kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah. Program Ehya’ Jumaah pada minggu ini telah ditangguhkan dengan bacaan surah Ar-Rahman secara beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM