KAHERAH, 17 Mei 2012 - Sebuah pertemuan mahabbah
antara Badan Pengurus PMRAM 2012 dan mantan Badan Pengurus PMRAM telah diadakan
di pejabat PMRAM selepas berkumandangnya azan maghrib.
Majlis pertemuan tersebut
diadakan bersempena dengan imtihan yang sedang dilalui mei-jun ini. Sebaik
sahaja selesai solat maghrib berjamaah bersama-sama, bacaan tahlil dan bacaan
surah Yaasin dimulakan dengan dipimpin oleh Naib Presiden II PMRAM, saudara Nur
Ahmad Wafiy Bin Noor Azri.
Selesai sahaja bacaan doa
solat, majlis pertemuan diambil alih oleh Timbalan Presiden PMRAM, saudara
Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi selaku pengelola majlis pertemuan tersebut. Majlis
diteruskan dengan ucapan wakil mantan Badan Pengurus PMRAM yang baru tiba
daripada Malaysia, Ustaz Adlan Mokhtaruddin.
Antara kalam taujihat
yang disampaikan beliau adalah betapa peri pentingnya ukhwah sesama barisan
pimpinan agar suka duka perjuangan dapat dipikul bersama. Tegur menegur,
memuhasabah dan dimuhasabah adalah asam garam perjuangan yang sama sekali tidak
boleh dibiarkan luput dari kanvas ukhwah sesama pimpinan.
Beliau turut mengingatkan
kepada pimpinan baru yang baru melangkah ke dunia Badan Pengurus PMRAM agar mematuhi arahan
pimpinan dan berbincang dalam setiap plan tindakan. Orang baru kadangkala
ghairah dengan seribu macam idea untuk membawa perubahan. Namun perlu diingati,
orang lama bukanlah tidak mahu, bahkan sudah ada dicoretkan dalam catitan
perancangan, namun setelah ditimbang tara, ada sebahagian idea tidak menjadi
keutamaan dan ada sebahagian idea bila ditimbang kembali ianya boleh membawa
kesan negatif untuk waktu akan datang.
Justeru, merujuk senior
atau orang yang telah berpengalaman dalam setiap gerak kerja adalah satu
kewajipan kepada mana-mana pimpinan dalam mana-mana organisasi, agar kesilapan
tidak berulang dua kali.
Demikianlah sebahagian
kecil nukilan kalam taujihat yang disampaikan oleh beliau. Barisan kepimpinan
PMRAM 2012 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua mantan Badan Pengurus
yang sanggup melungakan masa untuk berkongsi semangat kepada pimpinan baru.
Penutup tirai diserikan
dengan ucapan Presiden PMRAM 2012, saudara Abdul Aziz Bin Ali dan majlis
ditangguhkan dengan solat isyak berjamaah serta jamuan mahabbah.
sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment