Tuesday, April 10, 2012

Segera Selesaikan Urusan Berkaitan Dermasiswa MAIPk



Sebagaimana telah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Dermasiswa Majlis Agama Islam Perak bagi kali ini adalah pada 16 April 2012. Oleh itu, Jabatan Setiausaha Agung KPIPM 2011/2012 menyeru kepada seluruh ahli untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan Dermasiswa MAIPk dengan kadar seberapa segera.

Justeru itu, pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM 2011/2012 mengingatkan agar seluruh ahli mestilah mengisi dan mengemaskini dermasiswa online  http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/index.php serta menghantar dokumen yang berkaitan kepada Pejabat Pengurusan HEP Perak Mesir melalui Setiausaha Agung KPIPM dan HEWI KPIPM 2011/2012 sebagaimana maklumat yang telah diberikan sebelum ini. Sila lihat:


Diminta semua pemohon dapat memberikan kerjasama yang terbaik untuk memudahkan segala urusan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM