Sunday, April 15, 2012

Kebangkitan Islam Antara Cita-cita dan Peringatan



KAHERAH, 12 APRIL -Jabatan Fasilitator di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012 telah menganjurkan program Nadwah Tarbawiah siri ke 2 di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A selepas solat Isya’ dan solat sunat hajat berjemaah.

Pada siri ini Jabatan Fasilitator telah memilih kitab الصحوة الإسلامية بين الأمال والمحاذير  (Kebangkitan Islam Antara Cita-cita dan Peringatan) Karangan Dr. Yusof Al-Qaradhawi untuk didiskusikan. Ia telah didiskusikan oleh Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, Timbalan Yang DiPertua KPIPM 2011/2012.

Antara yang dipetik dalam pembentangan tersebut ialah mengenai realiti masyarakat islam, jelas pada suatu masa dan ketika tiada kesedaran pada diri mereka. Hasilnya, mereka sentiasa alpa dengan keseronokan dunia. Tiada kesedaran ini adalah disebabkan dengan dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran.

Faktor dalaman : Berada di takuk lama ketika mana umat islam dijatuhkan oleh pihak musuh pada masa lalu, tidak memahami islam sebaiknya dan kurang mempraktikkan segala ilmu islam yang dipelajari.

Faktor luaran :  serangan pemikiran oleh barat yang menular dalam Negara islam dan tidak mampu menghadapi ujian hidup.

Kitab yang membicarakan kebangkitan Islam dan peranan pemuda ini telah menarik minat ahli KPIPM untuk memenuhi dewan pada malam tersebut.

Kitab tersebut menepati ciri Marhalah(Peringkat) Dakwah yang ke2 iaitu Marhalah Takwin. Ini telah dijelaskan oleh Ustaz Ibnu Abbas yang telah mendiskusikannya dengan baik.
Program berakhir pada pukul 11.00 malam dengan tayangan video ‘hukum merokok dan membazir’ daripada Biro Perumahan KPIPM.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM