Wednesday, April 25, 2012

KPIPM : Agenda Kebajikan Diteruskan



ZAGAZIG 22 April – Hadith Rasulullah SAW menyebut “Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudaranya, maka dia bukan di kalanganku”.

Baru-baru ini, wakil barisan kepimpinan AJKT KPIPM berpeluang menziarahi seorang mahasiswa Kuliah Usuluddin, Zagazig iaitu saudara Haris Fathi@Anas B. Hj Mohd Rapiai yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta, iaitu En. Hj Mohd Rapiai B. Hj Mohd Daham yang memhembuskan nafas terakhir pada 16 April 2012 pada jam 2.30 petang (waktu Malaysia) akibat barah usus yang dialaminya sebelum ini.

Wakil barisan kepimpinan AJKT KPIPM sesi 2011/2012 sempat menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau di Zagazig. Antara yang turut sama dalam ziarah tersebut adalah Yang Dipertua KPIPM, Saudara Mohammad Omar bin Adam, Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah, Saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad dan Ketua Biro Ekonomi, Saudara Muhammad Mu’aaz bin Ramli  dan turut bersama-sama dalam ziarah tersebut juga, Saudara Mohammad Akramin bin Mohd Ishak selaku Ahli Majlis Perwakilan KPIPM di Zagazig.

KPIPM menyeru kepada seluruh anak-anak Perak di bumi Mesir ini supaya mendoakan kesejahteraan bapa beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

KPIPM selaku persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Perak di bumi Mesir ini sentiasa prihatin dan amat menitikberatkan kebajikan bersama serta menyuntik sensitiviti ahlinya untuk cakna terhadap isu atau permasalahan ummah. Ini juga adalah di antara misi yang dibawa diperingkat KPIPM pada sesi ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM