Thursday, April 12, 2012

Mentor Ziarah Anak Perak Di Shoubro



SHOUBRA, 11 Apr – Ziarah Kepimpinan KPIPM tiba di Shoubra semalam kira-kira jam 7.00 malam disambut meriah oleh anak-anak Perak di sana.

Tentatif dimulakan dengan solat Isya’ berjemaah yang diimamkan oleh salah seorang anak Perak Shoubra (saudara Farid Faizi bin Azizan) dan diteruskan dengan Solat Hajat sempena imtihan dan keselamatan anak-anak Perak di Mesir khususnya. Solat hajat pula telah diimamkan oleh mentor anak-anak Perak di Shoubra sendiri (saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil).

Majlis yang berlangsung di Markaz DPM (MAQAZ) SHOUBRA telah dipengerusikan oleh Saudara Khairul Hafizin bin Ahmad selaku AMP cawangan Shoubra diteruskan lagi dengan ucapan dari saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil selaku Mentor diikuti dengan sesi taaruf ringkas bersama seluruh anak-anak Perak yang hadir.  Kehadiran anak-anak Perak adalah sekitar 30 orang.

Sambutan dan respon yang diberikan oleh anak-anak Perak di Shoubra amat menggalakkan. Segala persoalan, cadangan dan muhasabah yang dilontarkan sangat baik dan bermanfaat.

“Kami mencadangkan peringkat KPIPM dapat mengusulkan satu sumbangan kewangan berbentuk ‘voucher’ untuk anak-anak Perak di Mesir kepada Menteri Besar Perak sempena Pesta Buku Antarabangsa di Kaherah yang diadakan saban tahun memandangkan majoriti mahasiswa tempatan telah banyak yang menerima ‘voucher’ tersebut dari pihak kerajaan baru-baru ini”. Berkata salah seorang anak Perak yang hadir sebagai cadangan.  

Sebelum majlis berakhir, salah seorang wakil AJKT yang hadir telah memberikan kalam semangat kepada anak-anak Perak di Shoubra sempena imtihan yang bakal mereka duduki pertengahan bulan ini. Majlis berakhir dengan ucapan dari wakil AJKT DPM (MAQAZ) Shoubra. Pihak kepimpinan AJKT telah menerima cenderahati kenang-kenangan dari anak-anak Perak di Shoubra.

Pihak kepimpinan KPIPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anak Perak di Shoubra dan DPM (MAQAZ) Shoubra atas kerjasama yang diberikan. Khususnya kepada AMP cawangan Shoubra dan ‘ chef ’ (saudara Muhamad Amar bin Jusof Khadidi) atas layanan dan jamuan yang disediakan.

Semoga pertemuan yang telah berlangsung dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM