Friday, April 20, 2012

Kesatuan Tonggak Kemenangan



Sinergi dalam organisasi akan terbina apabila kesatuan daripada setiap peringkat menjadi sumber kekuatan. PMRAM sehingga kini mampu merentasi pelbagai cabaran dan dugaan sehingga berusia 82 tahun bertapak dengan legasi kepimpinan yang bersilih ganti. Setiap zaman pasti akan terzahir perancangan dan pembawaan tersendiri yang lahir daripada keperluan ahli untuk diaspirasikan kepada pihak kepimpinan.

Dalam Muktamar Sanawi PMRAM ke-79 yang lalu, sebulat suara daripada seluruh sidang perwakilan bersepakat meluluskan 3 usul untuk dijayakan dalam sesi pentadbiran PMRAM 2012. Perbahasan daripada setiap wakil PMRAM cawangan dilontarkan agar usul yang dibawa dapat memberikan kebaikan semua pihak. Impak kematangan dalam perbahasan dalam Muktamar Sanawi PMRAM ke-79 memberikan gambaran bahawa percambahan idea ahli PMRAM seiring dengan minda generasi kelas pertama. Memetik kata Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkidmatan Awam katanya  "manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana mindanya".

Sikap ingin tahu atau inquisitivity adalah antara sifat minda kelas pertama. Manusia yang mempunyai sikap ingin tahu akan sentiasa bertanya pada semua keadaan dan mengkaji permasalahan sesuatu. Mereka tidak semestinya filosofikal tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk memahami sesuatu dengan semangat yang tinggi serta berterusan. Sikap ingin tahu yang telah dilatih, akan menyebabkan manusia tesebut mudah memahami maklumat pada kategori rendah dan adanya cubaan memahami masalah yang lebih kompleks dengan mendalam.  

Tiga usul yang telah diperbahaskan dan diterima oleh seluruh perwakilan pada Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-79 iaitu :

1. Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA

2. Memperkasa hubungan baik antara mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan dengan tindakan ;
     - Kempen di seluruh cawangan
     - Perkongsian idea

3. Bersama menjayakan slogan " KITA PMRAM " dengan tindakan :
     - Mempertahankan hak mahasiswa Islam
     - Memperkasakan kesatuan di seluruh peringkat.

Keberjayaan usul ini adalah bergantung kepada kerjasama seluruh peringkat samada pimpinan mahupun ahli. Oleh yang demikian PMRAM mengharapkan segala bentuk kerjasama perlu diberikan agar kebaikannya dapat dirasai oleh seluruh ahli PMRAM khususnya dan mahasiswa Islam amnya.

Berkenaan dengan Usul Pertama : "Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA" adalah merupakan susulan tuntutan PMRAM berkenaan dengan 3 perkara iaitu :

1- Pejabat PMRAM di anjung ARMA

2- 3 wakil PMRAM dalam jawatankuasa dasar Asrama

3- Fakta sejarah yang diselewengkan.

Tiga tuntutan ini jelas menunjukkan bahawa hak PMRAM di ARMA perlu dikembalikan kerana sudah hampir 20 tahun PMRAM dinafikan haknya daripada memiliki ruangan lokasi pentadbiran sendiri. Di peringkat Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM terus merangka beberapa tindakan dalam menjayakan usul PMRAM sesi ini direalitikan semaksima mampu. Dengan pembawaaan PMRAM 2012 "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" ini dapat membuka paradigma mahasiswa betapa perlunya keilmuan dan kesatuan diselarikan dalam acuan Islam yang sebenar.

Zulhafeez Ahmad Zahidi
Timbalan Presiden,
(Ketua Lajnah Perancang & Panitia)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Sumber: pmram.org

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...