Home » » KPIPM Bersama Ahli KPIPM Di Damanhur

KPIPM Bersama Ahli KPIPM Di Damanhur


KAHERAH, 14 April-KPIPM melalui wakilnya Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah telah  menziarahi ahli KPIPM di Damanhur.

Sejurus tiba di sana kira-kira jam 5 petang, satu perjumpaan telah diadakan di rumah Saudara Mohamad Hafiz Bin Othman. Majlis santai tersebut memberi ruang kepada ahli KPIPM yang berada di Damanhur untuk melontarkan apa jua persoalan.

Saudara Mohammad Ainuddin, juga selaku mentor Damanhur telah menyampaikan ucapan sempena imtihan yang bakal dihadapi dan menjelaskan juga KPIPM yang sentiasa memastikan ahlinya untuk sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Saya ingin mencadangkan kepada pihak KPIPM untuk menganjurkan program bersama Muhafazah Damanhur bagi menjayakan slogan keramat “Kita PMRAM “. Hal ini juga memperlihatkan kerana Damanhur telah mengalami susut ahli yang makin berkurang. “ Ujar salah seorang ahli ketika pertemuan tersebut.

Pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam itu berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger