Monday, April 16, 2012

BBQ Mahabbah Mendapat Sambutan Ahli



KAHERAH, 13 APRIL- Jabatan Fasilitator KPIPM telah menganjurkan Muzakarah Berkelompok Amali Gabungan yang melibatkan mahasiswa di Kaherah dengan beberapa aktiviti. Ini bersempena dengan berakhirnya sesi Muzakarah Berkelompok secara manhaji(Silibus) yang diumumkan Ketua Fasilitator PMRAM Pusat kerana memberi laluan kepada peperiksaan yang semakin hampir.

Program bertemakan ukhwah ini dimulakan sejurus solat asar berjamaah dengan gotong-royong membersihkan sekitar Wisma Darul Ridzuan A. Ia dikelolakan oleh Saudara Mohamad Hazim bin Mohd Halim selaku Ketua Biro Perumahan KPIPM 2011/2012.

Pada sebelah malam pula, program berlanjutan dengan aktiviti BBQ secara beramai-ramai dengan dibantu oleh beberapa orang tukang masak KPIPM yang berpengalaman.
Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh ahli KPIPM di sekitar Kaherah. Dijangkakan seramai 100 orang ahli KPIPM turun menjayakan program yang julung-julung diadakan ini.

Program berakhir dengan makan secara beramai-ramai mengikut Muzakarah Berkelompok masing-masing dan gotong royong membersihkan peralatan memasak.

“Semoga program ini memberi manfaat kepada semua dan mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli KPIPM yang merupakan wadah penyatuan anak-anak Perak di bumi Mesir ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.” Ujar Saudara Muhammad Arif Syah bin Abdullah Sani selaku Pengarah Program merangkap Ketua Jabatan Fasilitator KPIPM 2011/2012.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM