Monday, April 9, 2012

Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan Halatuju PMRAM 2012



KAHERAH, 8 April - Untuk merealisasikan sebuah perancangan dan pembawaan sudah pasti memerlukan satu kerjasama daripada setiap peringkat.

Pendekatan yang sama juga telah diaspirasikan oleh kepimpinan PMRAM 2012 apabila berjaya menganjurkan Majlis Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012 di Dewan Abdullah Kamil , Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis semalam.

Seramai 18 orang pembahas yang mewakili seluruh PMRAM Cawangan telah berbahas dan melontarkan pelbagai idea dan pandangan demi memperkasakan lagi gerak kerja pentadbiran PMRAM 2012.

" Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" terkandung  didalamnya sepuluh subtopik  Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012 yang telah disampaikan oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Presiden PMRAM 2012.

Simbol kesatuan PMRAM Cawangan begitu memberikan suntikan semangat kepada barisan kepimpinan PMRAM dalam meneruskan agenda kebajikan yang sekian lama diperjuangkan semenjak 1930 lagi.

Kesatuan yang terbina ini menjadikan PMRAM terus matang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan bersilih ganti.

Sejajar dengan salah satu subtopik yang terdapat dalam Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012 " PMRAM Milik Semua " sekaligus membuktikan bahawa PMRAM wajar dipertahankan oleh semua samada kepimpinan mahupun ahli tanpa mengira latar belakang pengajian dalam kalangan Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.

" Komitmen yang diberikan oleh semua perwakilan sepanjang program begitu membanggakan, semoga setiap lontaran idea dan pendapat mampu dilaksanakan dengan kerjasama seluruh PMRAM Cawangan " ujar Saudara Muhammad Al-Amin Timbalan  Setiausaha Agung PMRAM 2012 selaku Pengarah Majlis Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012.

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...