Home » » Ehya' Al-Jum'ah Terus Mengisi Keberkatan Saiyyidil Ayyam

Ehya' Al-Jum'ah Terus Mengisi Keberkatan Saiyyidil Ayyam



KAHERAH 12 April - Dalam usaha usaha membentuk generasi pemuda Islam yang berkualiti, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali lagi telah mengadakan program Ehya’ Al-Jum’ah yang merupakan program mingguan yang melibatkan seluruh mahasisiwa anak perak yang menuntut di bumi Anbiya’ samada pengajian Islam mahupun pengajian sains kesihatan.

Selesai solat maghrib berjemaah , bertempat di Wisma darul Ridzuan A program Ehya’ Al-Jum’ah telah  dimulakan dengan alunan qasidah. 

Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Adil bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Mohd Nur Helmi Bin Abdul Wahab  mahasiswa  pengajian  Islam usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah bagi memimpin bacaan surah yaasin secara beramai-ramai. Selesai bacaan yaasin, majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh saudari Nur Mardiah Binti Mohd Zahid, mahasiswi pengajian Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar  sebagai santapan rohani kepada semua hadirin.  

Antara yang disampaikan, beliau telah mengingatkan kepada semua hadirin mengenai perkara yang perlu ada pada diri setiap insan yang bergelar muslim dalam meningkatkan keimanan kepada  Allah dengan mencari Cinta Ilahi. Di samping itu juga menyeru kepada semua hadiri untuk mengkoreksi diri dalam kehidupan seharian moga-moga dapat menjadi insan yang Allah cintai. Majlis diteruskan lagi dengan sedikit maklumat yang disampaikan oleh saudara Ainuddin Bin Ishak merangkap Ketua Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM 2011/2012. Program Ehya’ Al-Jum’ah pada malam itu ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surau Al-Asr. Selasai solat Isyak dan solat hajat berjemaah, semua hadirin bersurai dengan saling bersalam-salaman.

Pada keesokan paginya pula bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, program Ehya’ Al-Jum’ah diteruskan santapan rohani yang dipetik dari kitab Al-Hikam Ibnu Athaillah Al-Askandari telah disampaikan oleh saudara Amar Arif Bin Ahmad Po’aad, mahasiswa pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Kaherah merangkap Ketua Biro Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadhah KPIPM 2011/2012. Manakala bertempat di Wisma Darul Ridzuan B pengisian tazkirah telah disampaikan oleh saudara Abu Bakar Bin Shahardin, mahasiswa pengajian Islam Universiti Al-Azhar Kaherah. Program Ehya’ Al-Jum’ah pada pagi itu telah di tangguhkan dengan bacaan surah Ar-Rahman secara beramai-ramai.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger