Friday, April 27, 2012

PMRAM dan GAMIS : Selari Dalam Agenda Pembangunan Mahasiswa



KAHERAH, 25  April - Kunjungan Saudara Akram Ikrami Taib Azzamudden, PresidenGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ke Mesir merupakan satu peluang kepadaPMRAM untuk bertukar-tukar pandangan dan idea berkaitan isu pembangunan mahasiswa bagikedua-dua belah pihak.

Beliau yang tiba di Mesir pada 22 April lalu bersama EXCO Selangordalam rangka lawatan kerja di sini turut tidak ketinggalan untuk mengadakan pertemuandengan pimpinan PMRAM meskipun terpaksa melalui jadual harian yang cukup padatsepanjang keberadaan beliau di sini.

Pertemuan beliau dengan pimpinan PMRAM telah diadakan di Pejabat PMRAM di MasakinOsman, Hayyu Sabi’e. Perjumpaan itu diketuai Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Alidan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM yang lain. Pertemuan ini telah mengeratkan lagi jalinan hubungan dan ukhwah antara pimpinan GAMIS dan PMRAM.

Pertemuan ringkas yang berlangsung sekitar satu jam setengah itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak untuk mengetahuiperkembangan terkini di peringkat masing-masing. Pelbagai isu dan situasi terkini telah dijelaskan secara terperinci oleh Saudara Akram Ikramikhususnya dalam konteks yang berkaitan dengan mahasiswa antaranya isu pendidikan percuma, pemansuhan pinjaman PTPTN, demonstrasikelompok mahasiswa yang berlangsung di Dataran Merdeka dan lain-lain lagi.

PMRAM turut tidak ketinggalan mendapatkan respon daripada pihak GAMIS berhubung jaringan kerjasama yang perlu diperkuatkan antara kedua-duabelah pihak. Selain itu, kesempatan hasil daripada pertemuaan ini juga pihak PMRAM telah mengusulkan beberapa isu untuk dipanjangkan keperingkat Malaysia khususnya berkaitan Imtihan Qabul (ujian kelayakan ) ke Universiti al-Azhar serta pengiktirafan sebenar sijil STAM untuk menyambung pengajian di bumi al-Azhar ini.

" Pertemuan dan perjumpaan seumpama ini amat penting bagi mana-mana pertubuhan serta organisasi mahasiswa dalam menimba pengalaman dan saling bertukar-tukar idea serta buah fikiran untuk memantapkan hubungan dan juga mengoptimumkan capaian pengaruh di kedua-dua belah pihak ", ujar Saudara Abdul Aziz Ali, Presiden PMRAM 2012.

Tambah beliau lagi, kali terakhir PMRAM membuat perjumpaan rasmi dengan GAMIS adalah sewaktu pulang ke Malaysia pada tahun lepas berikutan Revolusi Kebangkitan Rakyat yang berlaku di Mesir ketika itu. PMRAM mengharapkan hasil daripada pertemuan ini juga, dapat membentuk kuasa mahasiswa yang cukup hebat, mantap dan padu dalam menyuarakan pandangan dan pendapat mereka secara bersama agar ianya didengari dan dipertimbangkan oleh pihak - pihak tertentu.

Terdahulu PMRAM juga mengucapkan syabas kepada GAMIS di atas komitmen mereka membawa suara dan hasrat mahasiswa terhadap perubahan yang perlu dilaksankan oleh negara melalui penubuhan sebuah medium yang diberi nama INSPIRASI.

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM