Friday, April 20, 2012

Kronologi Perpustakaan Syeikh Ismail Adawi (PERSIDA)




Bermula pada tahun  1993, Ahli Jawatankuasa Tertinggi KPIPM telah memohon bantuan kewangan pembelian kitab untuk perpustakaan  KPIPM daripada Majlis Agama Islam Perak. Pada tahun 1994, Majlis Agama Islam Perak telah meluluskan permohonan tersebut dengan memperuntukkan bantuan sebanyak RM10 000.00. Selepas itu AJK khas telah ditubuhkan  bagi memudahkan penyusunan dan pembelian kitab serta segala yang berkaitan dengannya. Maktabah yang pada masa itu dinamakan dengan PERKPIPK(Perpustakaan KPIPK) telah memiliki lebih kurang 1386 buah kitab baru dan lama yang telah diselenggarakan oleh Biro Pelajaran ketika itu.

Pada tahun 2010, telah berlaku satu rombakan organisasi yang baru. Rata-rata AJK yang dilantik bermaustatin di kaherah bagi memudahkan lagi kerja-kerja penyelenggaraan. Satu mesyuarat organisasi telah dijalankan bagi melancarkan gerak kerja setiap unit yang telah ditaklifkan. Antara unit yang telah ditubuhkan ialah unit kecerian dan kebersihan, unit penyelenggaraan dan pengurusan, dan unit promosi.

Pada tarikh 26 Mei 2010, delegasi perak yang diketuai oleh  Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sains dan Teknologi telah mengadakan rundingan bersama dengan Ahli Jawatankuasa KPIPM. Biro Pelajaran dan Ilmiah telah memohon sedikit dana bagi menaik taraf maktabah yang sedia ada. Antara cadangannya ialah rak buku yang baru, kitab bagi pengajian islam dan perubatan dan lain-lain keperluan.

Kini, maktabah berwajah segar dengan organisasi yang baru, hiasan dan susunan kitab yang lebih tersusun. Disamping itu juga, perkhidmatan internet disediakan bagi memudahkan semua mahasiswa dan mahasisiwi mencari maklumat dan menambahkan ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM