Saturday, April 21, 2012

Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar Di Malaysia


KAHERAH, 21 April -  Majlis Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggotai daripada Presiden Saudara Abdul Aziz bin Ali,  Timbalan Presiden Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi,  Naib Presiden I Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid , Naib Presiden II Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri , Naib Presiden III Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi , dan Setiausaha Agung Saudara Norhalis Syafiq bin Ahmad, telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia Egypt (EME) di Pejabat EME, Mohandissien Kaherah pada Khamis yang lalu.

Kerjasama yang baik daripada PMRAM dan EME  diteruskan oleh setiap generasi pimpinan PMRAM sekaligus membuktikan bahawa peranan PMRAM  dalam memastikan kebajikan mahasiswa Islam terjaga terutama berkenaan dengan akademik bersama pihak EME.

Pertemuan ini dihadiri oleh Prof. Dr. HJ Su'aidi bin Dato' Hj Safei yang merupakan Pengarah EME, En.Zulkifli bin Din, Atase Pendidikan dan turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah ASP En.Hashim bin Man, Assistant Security Liaison Officer, KBMK.

Kunjungan sekitar dua jam ini telah membincangkan beberapa usul penting yang melibatkan pelajar, antaranya ialah berkenaan Imtihan Qabul ( Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar ) bagi mendapat penjelasan sendiri daripada Pengarah EME berhubung dengan perkara tersebut.

Dalam membincangkan perkara tersebut, beliau menegaskan bahawa selepas ini Imtihan Qabul sememangnya akan dilaksanakan di Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Menurut Pengarah EME, setelah diteliti dan dikaji dari pelbagai aspek, persetujuan tersebut telah disepakati oleh pihak KPT dan Pentadbiran Al-Azhar.

PMRAM terus komited dalam memastikan hubung baik antara PMRAM dan pihak Kedutaan, khususnya EME dalam soal pendidikan. "PMRAM bersedia bertemu dengan mana-mana pihak dalam membincangkan hal yang berkaitan kemaslahatan pelajar, khususnya hal yang memberi manfaat kepada ahli PMRAM. Kita juga mengharapkan generasi graduan Mesir terus berkesinambungan sekalipun pelajar Malaysia terpaksa menghadapi beberapa siri ujian dan tapisan untuk datang ke Mesir. Kita percaya makin susah ujian yang di lalui, makin berkualiti hasil yang diperolehi."  ujar Presiden PMRAM 2012 Saudara Abdul Aziz bin Ali usai pertemuan tersebut.

Sumber : pmram.org




No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...