Saturday, April 14, 2012

Warkah Sempena Imtihan



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,


Selaut kesyukuran yang tidak terhingga diucapkan atas segala nikmat Allah SWT yang tidak ternilai banyaknya menjadikan kita selaku hamba yang masih kekal dalam syahadah.Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang dicintai dulu, kini dan selama-lamanya, ikutan terbaik dalam setiap gerak-geri dan amalan.

Perjalanan menuntut ilmu di Bumi Anbiya' ini adalah suatu perjuangan mulia yang menunut kepada kesungguhan yang jitu dan istiqamah yang padu. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana kesungguhan para ulama' terdahulu mengembara dari Barat ke Timur untuk mencari hanya sepotong hadis Nabi SAW umpamanya kisah seorang penuntut ilmu yang bermusafir beribu-ribu batu dari Andalus ke kota Baghdad semata-mata untuk menuntut ilmu hadis daripada Imam Abu Hanifah.

Para mahasiswa dan mahasiswi sekalian,

Imtihan yang bakal menjelma kurang sebulan dari sekarang seharusnya menjadi suatu perkara yang perlu diutamakan buat kita muassir ini.
Tempoh masa yang singkat ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua mahasiswa memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini pengisytiharan tarikh peperiksaan awal asbab Pilihanraya Presiden Mesir yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Segala perancangan perlu diatur dan diikuti sebaik-baiknya bermula daripada sekarang demi melihat suatu natijah terbaik yang diimpikan.Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian utama buat seluruh mahasiswa dalam tempoh yang agak genting sekarang, iaitu berkenaan jadual harian untuk mengulangkaji pelajaran, nota subjek dan juga study-group.

Jadual ulangkaji pelajaran secara harian perlu dipatuhi secara konsisten bagi memastikan mahasiswa mampu untuk menghabiskan bacaan kitab dalam kesemua subjek dalam peperiksaan. Peruntukan masa mengulangkaji perlu dibuat dengan kaedah jam, kaedah muka surat atau kaedah bab. Contohnya seseorang itu memperuntukkan masa selama 4 jam dalam sehari untuk menghabiskan bacaan sesebuah subjek. Kaedah 60 muka surat dalam sehari atau 4 bab dalam sehari juga boleh dipraktikkan bagi memastikan buku kuliah itu mampu untuk dihabiskan sebelum peperiksaan menjelang tiba.

Nota subjek perlu disediakan sebagai senjata terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Ini adalah penting supaya mahasiswa tidak kalut dan gelisah serta sukar mengingati segala isi penting yang terdapat dalam sesebuah subjek itu. Dengan adanya nota, maka proses pembacaan kali terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan dapat dilakukan secara pantas dan mahasiswa mudah untukmenjawab soalan-soalan yang diberikan kerana isi penting sudah diulang-ulang, hanya perlu menambah syarahannya sahaja. Sekiranya tidak mampu untuk menghasilkan sendiri nota bagi semua subjek, maka tugasan ini boleh dibahagi-bahagikan kepada rakan untuk menjimatkan masa.

Perlu diingati bahawa nota adalah ringkasan sesuatu subjek, bukan salinan semula kesemua isi kandungan buku dalam subjek tersebut.
Perkara ketiga adalah berkenaan study-group. Mahasiswa perlu mengamalkan perkara ini kerana perbincangan bersama rakan berkenaan sesebuah subjek itu telah terbukti mampu membantu mahasiswa mengingati fakta dengan berkesan, khususnya ketika menjawab peperiksaan kelak.
Study-group hanyalah dilakukan dengan jumlah seramai 4-7 orang supaya perbincangan itu tertumpu dan tidak lari daripada topik dalam buku.

Mahasiswa yang dikasihi,

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"Doa itu adalah senjata bagi orang yang beriman"

Justeru, mahasiswa Islam perlu istiqamah berdoa memohon inayah dan taufiq pada setiap ketika dalam keadaan kesulitan atau senang. Keyakinan yang tinggi perlu diletakkan sepenuhnya kepada Tuhan Rabbul Jalal diiringi usaha yang konsisten mengikut jadual harian yang telah disusun. Bertawassul atas setiap gerak kerja dakwah yang telah kita lakukan agar segala sumbangan idea, tenaga dan harta yang telah kita infakkan dalam gerak kerja dakwah mampu menjadi syafaat khususnya ketika menghadapi imtihan.

Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna ketika bakal menghadapi peperiksaan di universiti, beliau bangun di pertengahan malam bermunajat kepada Allah SWT, mengangkat tangan sambil bercucuran air matanya seraya berdoa :
" Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku sangat cinta kepada kepada-Mu. Dan Engkau juga mengetahui akan kecintaanku yang amat dalam terhadap perjuangan menuntut ilmu dan dalam masa yang sama aku terlalu sibuk dalam gerak kerja dakwah terhadap umat Islam. Maka kurniakanlah jalan keluar bagiku "

Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk meletakkan target atau sasaran yang tertinggi dalam setiap perkara. Apabila ingin mendapatkan syurga, maka hendaklah memohon syurga Firdaus yang tertinggi. Maka, seharusnya bagi kita selaku mahasiswa Islam meletakkan target tertinggi khususnya dalam peperiksaan yang bakal menjelma.  Pohonlah kepada-Nya akan keputusan yang terbaik dan diberi keberkatan atas ilmu yang telah Dia ajarkan.
Moga-moga curahan ilmu yang ditagih sehari-hari dapat menjadikan kita hamba Allah SWT yang lebih tawadhu' seterusnya memberi manfaat kepada ummah.

" Sesiapa yang bermujahadah, maka dia sedang bersungguh-sungguh untuk dirinya sendiri" Surah al-'Ankabut : 6

Salam Imtihan daripada saya,
Abdul Naafiq Taqiuddin Bin Mohd Roslan
Ketua Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.


Sumber : pmram.org

1 comment:

  1. BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN SAYA
    Saya Abdullah Nofia yang tinggal di Papua, saya di sini untuk memberi kesaksian seorang Lender Pinjaman yang baik yang menunjukkan cahaya kepada saya setelah ditipu 3 kali berbeda di Internet oleh beberapa pemberi pinjaman yang tidak lain adalah palsu,
    Mereka semua berjanji untuk memberi saya pinjaman setelah membuat saya membayar banyak kepada mereka sebagai biaya yang tidak menghasilkan apa-apa dan sebesar tidak ada hasil positif. saya kehilangan uang hasil kerja keras saya dan itu sangat membuat frustrasi.

    Suatu hari ketika menelusuri internet saya menemukan kesaksian seorang wanita yang juga ditipu dan akhirnya dikaitkan dengan perusahaan pinjaman yang sah, ONE BILLION RISING FUND  dan di mana dia akhirnya mendapatkan pinjamannya, saya memutuskan untuk menghubungi dia dan menjelaskan tekanan keuangan saya. kepadanya dan jika dia bisa membantu saya untuk berbicara dengan perusahaan,

     Saya kemudian menceritakan kepada mereka kisah saya tentang bagaimana saya ditipu oleh 3 pemberi pinjaman yang berbeda yang tidak melakukan apa pun selain merampok uang saya. Saya menjelaskan kepada perusahaan melalui surat dan semua yang mereka katakan kepada saya adalah untuk tidak menangis lagi karena saya akan mendapatkan pinjaman saya di perusahaan mereka dan saya juga telah membuat pilihan yang tepat dengan menghubungi mereka. Saya mengisi formulir permohonan pinjaman dan melanjutkan dengan semua yang diperlukan dari saya dan saya terkejut, saya diberi pinjaman sebesar Rp 200 juta oleh perusahaan besar ini, ONE BILLION RISING FUND, semua berkat JAMES (direktur transfer), seorang yang takut akan Tuhan. pria dan mentor dan di sini saya hari ini bahagia karena perusahaan ini telah memberi saya pinjaman jadi saya bersumpah pada diri sendiri bahwa saya akan terus bersaksi tentang pekerjaan baik mereka dalam hidup saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya.
     Jika Anda mencari cara mendapatkan pinjaman, silakan hubungi

    NAMA ::ONE BILLION RISING FUNDGmail ::: onebillionrisingfund@gmail.com

                                              HUBUNGI SAYA

    Namaku ::::::::: Abdullah Nofia
    Gmail::::::::::::::abdullahnofia@gmail.com
    Instagram::::::::Abdullah_Nofia
    Facebook:::::::::Abdullah Nofia

    Bijaksanalah saat Anda mencari pinjaman online

    semoga harimu menyenangkan

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...