Monday, April 9, 2012

Daurah PERCUMA Maharat Al-‘Irab Anjuran Universiti Al-Azhar



Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah telah menawarkan daurah (kelas intensif) secara percuma berkenaan kemahiran bahasa Arab (Maharat al-‘irab) yang dikeluarkan oleh wakil Fakulti Bahasa Arab yang juga pensyarah di fakulti yang sama, Ustaz Doktor Muhammad Hasan al-Mahrasawi.

Daurah pertama bertajuk ‘Irob Fi’il akan disampaikan oleh Doktor ‘Adil Mahmud Surur bermula 8 April 2012 bertempat di Mudarraj Syeikh Hamrusy, Dewan Kuliah Tingkat 1 Fakulti Bahasa Arab.Pengajian akan berlangsung selepas Zohor setiap hari Ahad dan Selasa selama 2 minggu berturut-turut.

Manakala daurah yang kedua bertajuk Ahkam al-‘Adad akan diadakan bermula 9 April 2012selepas Zohor pada setiap hari Isnin dan Rabu. Daurah ini akan disampaikan oleh Ustaz DoktorMuhammad Husin al-Mahrasawi juga di Mudarraj Syeikh Hamrusy di Dewan Kuliah Tingkat 1Fakulti Bahasa Arab.

PMRAM mengajak seluruh mahasiswa yang berkelapangan dan berminat untuk menyertai kedua-dua daurah anjuran Fakulti Bahasa Arab, UniversitiAl-Azhar Kaherah ini. Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri kepada Mudir Pejabat Pengurusan Dekan Kuliah Bahasa Arab.

Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2012 SaudaraAbdul Naafiq Taqiuddin bin Mohd Roslan berkata "PMRAM sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak Universiti Al-Azharkhususnya dalam aspek peningkatan akademik dan pendidikan mahasiswa Malaysia di Perlembahan Nil. PMRAM komiteddalam soal kebajikan dari sudut keilmuan selaras dengan tema PMRAM pada tahun ini iaitu Memartabat Keilmuan,Memimpin Kesatuan.".

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM