Sunday, April 15, 2012

Menyingkap Sejarah 15 April 1969


Pada tahun 1966/67, kedatangan anak Perak ke sini semakin meningkat sehingga menjangkau ke angka 30-an, maka timbul kesulitan penempatan kerana kebanyakan pelajar datang ke bumi Mesir ini dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Rentetan masalah tersebut, pihak Badan Kebajikan telah mengambil inisiatif menghubungi Kerajaan Negeri Perak serta telah mengemukakan beberapa permohonan diantaranya ialah :


1)Memohon biasiswa /dermasiswa bagi pelajar yang tidak mempunyai biasiswa atau sebarang peruntukan juga demi memastikan kemaslahatan dan kebajikan anak Perak di Mesir terpelihara.

2)Memohon kepada kerajaan Negeri untuk menyediakan tempat penginapan khusus buat anak-anak Perak dengan segala kos penyelenggaraannya ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri.

Sungguhpun begitu pada permulaannya usaha ini mendapat reaksi yang kurang memberangsangkan daripada pihak kerajaan negeri namun akhirnya usaha susulan beberapa kali yang dilakukan oleh pihak persatuan menatijahkan kesan yang positif dari pihak kerajaan negeri yang ketika itu dipimpin oleh Dato’ Ahmad Said selaku MB Perak ketika itu. Rentetannya tanggal 15 April 1969 segala permohonan dan rayuan pihak persatuan telah diluluskan ,bermula dari tarikh 15 Oktober 1968 iaitu tarikh bermulanya pihak Keluarga Pelajar Perak Kaherah(KPPK) menyewa rumah penginapan dan segalanya ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri.
           
Pada masa tersebut hanya terdapat dua buah berasingan didiami oleh anak Perak di sini iaitu sebuah diperuntukkan kepada pihak ikhwah dan sebuah lagi diperuntukkan kepada pihak akhawat. Disamping itu, semua penuntut Perak telah diperuntukan dengan dermasiswa/ biasiswa Kerajaan Negeri.


Disediakan oleh :
Unit Pengumpulan Arkib
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...