Saturday, February 11, 2012

Dermasiswa MAIPk : Prosedur Memohon



Perhatian kepada setiap pemohon agar mengambil perhatian atas beberapa perkara di bawah :

  • Bagi  sesiapa yang BELUM PERNAH MENGISI borang zakat manual dan juga zakat online,sila isi kedua-dua borang serta anda perlu menyerahkan segala dokumen seperti yang tertera di borang zakat manual. Antaranya :

-          Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Kelahiran.
-          Salinan Sijil-sijil Pengajian ( SPM, STAM, Shahadah Thanawi, Sijil I’dadi )
-          Salinan Surat Tawaran / Tasdiq Kuliah
-          Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga
-          Salinan Penyata Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga atau Surat Pengesahan Pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Bagi yang Bekerja Sendiri.
-          Salinan Visa / Passport ke Luar Negara
-          Salinan Surat Kebenaran Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara dari Kementerian Pendidikan / Kerajaan Malaysia.
** Semua salinan hendaklah disahkan.

  • Dan bagi sesiapa yang PERNAH MENGISI borang zakat manual dan zakat online, anda hanya perlu mengemaskini data di dalam Dermasiswa Online MAIPk. Anda juga perlu menyerahkan :

-          Slip keputusan pengajian yang terkini sahaja, dan
-           Tasdiq Kuliah ( Pengesahan Kuliah ) bermula awal tahun pengajian sehingga sekarang.
-          Dokumen yang mempunyai perubahan dengan tahun sebelumnya. ( contoh : penyata pendapatan Ibu Bapa )

  •  Segala borang dan dokumen, boleh diserahkan kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui Setiausaha Agung dan Setiausaha HEWI KPIPM.


No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM