Wednesday, April 18, 2012

Study-Group Membantu Proses Ingatan



Pembelajaran berkumpulan atau study-group adalah antara aktiviti yang agak sinonim dengan mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar, terutamanya ketika tiba musim peperiksaan. Umumnya semua sudah maklum akan kelebihan yang dapat dikutip melalui perbincangan dan perkongsian ilmu sesama sahabat seperjuangan.

Secara hakikatnya, melalui pembelajaran berkumpulan, seseorang akan membuat anjakan paradigma dalam dirinya. Pembelajaran berkumpulan akan menyebabkan seseorang mengubahsuai cara pemikirannya menjadi lebih terbuka dan bersesuaian dengan sahabat sesama kumpulan tersebut. Selain itu, dia lebih cenderung untuk memastikan tingkah lakunya semakin efektif juga memberi manfaat untuk kemajuan perbincangan dalam kumpulan. Pendek kata, ia merupakan proses menjadikan mahasiswa  lebih matang dan bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, pembelajaran berkumpulan akan memastikan setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing, selain mendengar pandangan yang lain. Hal ini mampu meningkatkan daya ingatan kerana kata-kata yang dilafazkan lebih mudah diingati berbanding pembacaan semata-mata.

Malah, kajian menunjukkan mahasiswa yang belajar secara berkumpulan juga akan meninggalkan tabiat suka bertangguh yang sering menjadi masalah utama penuntut ilmu dewasa ini. Mana mungkin kita sanggup menebalkan muka lantaran tugasan yang diberi tidak dapat diselesaikan, padahal sahabat yang lain sudah bersedia untuk membentang hasil kerja mereka.

Di sini terdapat sedikit tips yang dikongsi bagi membentuk pasukan pembelajaran berkumpulan yang efektif.  Bagi yang sudah mempunyai tabiat belajar bersama rakan-rakan, diharapkan anda menilai semula sejauh mana keberkesanannya agar ia memberi pulangan yang maksimum kepada anda dan ahli kumpulan yang lain.

1.  Pemilihan rakan kumpulan:
Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

2.   Pemilihan topik:
Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

3.  Persediaan tempat:
Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Apa yang penting ialah menjauhi daripada gangguan kebisingan.

4. Pemilihan waktu:
Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

5. Bahan belajar:
Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota, latihan dan lain-lain. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir ini mendapat sedikit sebanyak panduan dalam membentuk dan mengamalkan salah satu teknik pembelajaran berkesan iaitu pembelajaran berkumpulan.

Seorang penuntut ilmu pernah bermadah; “Kami menghabiskan seluruh kehidupan kami mengkaji tentang Islam serta mengembara ke seluruh dunia semata-mata untuk menuntut ilmu daripada para ilmuan yang hebat pada zaman kami. Dan kami mengumpul ilmu yang kami miliki melalui pembelajaran seumur hidup kami dengan menulis buku-buku, yang akan bertahan selama ratusan tahun dan bakal memberi manfaat buat penuntut ilmu generasi hadapan.”

Bagaimana dengan kita? Sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan dalam melewati kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu Allah. Semoga segala usaha yang kita lakukan berpaksikan semata-mata demi mencari redha dan menjejak rahmat daripada Allah SWT.

sumber : pmram.org

1 comment:

  1. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...