Saturday, April 14, 2012

Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat



Mahasiswa   adalah aset ummah  yang merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Ini disebabkan mahasiwa adalah mereka yang terdiri dalam kalangan para pemuda. Golongan mahasiswa mempunyai kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian  semangat yang luar biasa. Maka disebabkan demikian Islam meletakkan generasi muda  di barisanhadapan. Sabda Rasulullah SAW.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi  tolerensi lalu aku telah dibantukukuh oleh para pemuda sedang orang-orang  tua menyanggahiku”

Kehebatan peranan mahasiswa telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa lampau samada di tanah air mahupun global seperti contoh isu kemiskinan rakyat Baling di Kedah, Akta Bahasa Kebangsaan, Perjuangan petani miskin di Teluk Gong, Selangor untuk mendapatkan tanah semuanya didokongi oleh golongan mahasiswa.

Diluar negara pula kita menyaksikan keteguhan pentadbiran Ben Ali di Tunisia selama 23 tahun rebah tersungkur kerana kuasa mahasiswa, dan keunggulan regim Suharto suatu masa dulu tersungkur kerana kuasa gerakan mahasiswa.

Justeru, kepimpinan PMRAM pada kali ini mengajak seluruh pendokong PMRAM mendepani isu sejagat yang berlaku. Sikap segelintir mahasiswa Mesir yang masih kurang tumpuan dan sensitiviti terhadap isu-isu dunia perlu dibendung agar golongan ilmuan di Mesir mampu bersuara dalam isu-isusejagat sekaligus menjadi ikon
kepada generasi akan datang.

Bangkitlah  mahasiswa dan mahasiswi sekalian,

Golongan mahasiswa sewajibnya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul. Justeru, mahasiswa bukan sekadar menjadi pelengkap kepada penyelesaian masalah bahkan terletaknya masa depan sebuah ummah dibahu mereka . Mahasiswa tidak boleh  alpa  sebaliknya insaf menangani reality yang mencabar dengan  daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.Sabda  Rasulullah  saw.

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“…dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Pembinaan jentera penganalisis isu adalah dasar kekuatan sekaligus menyuburkan lagi sensitiviti ahli PMRAM terhadap isu sejagat. Program-program berbentuk wacana isu semasa perlu diperkasakan disegenap peringkat bagi menjayakan agenda ini.

Kemudahan-kemudahan teknologi juga tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang alternatif untuk memanfaatkannya. Bahkan denganadanya kemudahan teknologi maya yang serba canggih ini, kita tidak punya alasan untuk mengatakan bahawa kita ketinggalan maklumat disebabkanjauh dari tanah air. Mahasiswa Mesir khususnya ahli PMRAM adalah mampu untuk menjadi lidah rasmi kepada rakyat untuk membincangkan isu-isusejagat terutamanya yang berkait rapat dengan agama Islam.

Seluruh ahli PMRAM perlu meningkatkan Thaqafah dan Tasawwur  mengenai Islam agar mampu berhadapan serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar. Pencerahan dan penerangan berkaitan gerakan musuh-musuh Islam serta strategi dan perancangan mereka perlu dipertingkatkan agar ahli-ahli PMRAM memahami antara agenda Islam atau musuh yang sedang berlangsung di sekeliling mereka.

Kelesuan kita pada hari ini dalam memperjuangkan isu sejagat adalah disebabkan diri sendiri tidak mengetahui perkara yang berlaku di hadapan kita adakah ia propaganda musuh, yang siap dengan perancangan rapi atau satu kebetulan sahaja. Saiyyidina Omar al-Khattab Rha. berkata ;

(إنما تُنقَضُ عُرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai, apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

Sedarlah mahasiswa sekalian,

Dalam mendepani isu sejagat pasti ada mehnah dan tribulasi yang menimpa. Namun itulah lumrah dalam perjuangan demi menegakkan kebenaran, ianya datang seketika dan usah kita hiraukan kemucup dalam perjuangan ini. Ujian dan cabaran ini menjadi bukti bahawa kebenaran adalah  sesuatu yang amat bernilai dan tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa sekalipun.

Sub Topik,
Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012
Sdr. Abdul Aziz Bin Ali

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM