Sunday, April 15, 2012

Sambutan Baik Daripada Ahli KPIPM di Dumyat




KAHERAH, 15 April – Ziarah Kepimpinan KPIPM tiba di DUMYAT semalam kira-kira jam 6.00 pagi disambut meriah oleh anak-anak Perak di sana.
Majlis yang berlangsung di Markaz DPM dumyat  telah dipengerusikan oleh Saudara Arif bin Hj Hassan selaku Ahli Majlis Perwakilan(AMP) cawangan Dumyat. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari saudara Mohamad Hazim Bin Mohd Halim selaku Mentor diikuti dengan sesi taaruf ringkas bersama seluruh anak-anak Perak yang hadir.  Dianggarkan hampir keseluruhan anak perak di dumyat yang menghadiri majlis tersebut.

Sambutan dan respon yang diberikan oleh anak-anak Perak di dumyat amat menggalakkan. Segala persoalan, cadangan dan muhasabah yang dilontarkan sangat baik dan bermanfaat.

“Kami mencadangkan peringkat KPIPM dapat berbincang dengan pihak MAIPk agar membantu pelajar-pelajar markaz lughah dari sudut kewangan dan memberi kursus bahasa arab bermula di malaysia lagi, “ujar saudara Badris Arshad sebagai cadangan”.  

Tidak ketinggalan Saudara Johar Johari juga mengucapkan terima kasih kepada mentor kerana sudi hadir dan memberikan album zikrayat kepada semua ahli perak yang hadir sebagai tanda kenang-kenangan.

Pihak kepimpinan KPIPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anak Perak di dumyat dan DPM dumyat atas kerjasama yang diberikan. Khususnya kepada AMP cawangan dumyat dan ‘ chef ’ (saudara Muhamad Arif bin hj hassan) atas layanan dan jamuan yang disediakan.

Semoga pertemuan yang telah berlangsung dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...