Saturday, April 14, 2012

82 Tahun PMRAM



Bermula kewujudan PMRAM pada tahun 1930 dengan nama awalnya persatuan Putera-Putera Semenanjung (PPS). Ia merupakan satu-satunya persatuan induk yang menaungi mahasiswa/wi Islam dan bermatlamat menyatukan suara anak-anak Melayu serta menjaga kebajikan mereka di Perlembahan Nil ini.

Namun, untuk merealisasikan tujuan, visi dan misi murni ini, PMRAM tidak dapat lari dari segala bentuk tribulasi yang mendatang.Tribulasi inilah yang mematangkan PMRAM dalam mendepani segala isu dan masalah. PMRAM terusmengorak pantas dan mara maju kehadapan mencapai puncak, seiring dengan kehendak semasa berpandukan al-Qurandan as-Sunnah.

Kini  telah genap 82 tahun usia PMRAM. Ini merupakan satu tempoh usia yang cukup matang dan dewasa, penuh denganpengalaman yang dapat dalam memandu setiap langkah perjalanan.

Pihak HEWI PMRAM 2012 mengucapkan selamat ulang tahun PMRAM ke-82. Kami mendoakan PMRAM terus utuh dan sentiasa dalam pemeliharaan dan jagaanALLAH SWT.

~Julang Keilmuan Jana Keizzahan~
KITA PMRAM!


sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM