Saturday, April 14, 2012

Teknik Menghasilkan Nota Yang Baik



Peperiksaan  fasa kedua bakal menjelang lebih kurang sebulan lagi bagi mahasiswa pengajian Islam dan mungkin sudah berjalan bagi mahasiswa Sains Kesihatan. Dalam menghadapi tempoh peperiksaan, persiapan yang rapi amat penting bagi mengelakkan kekalutan yang akan menyebabkan mahasiswa hilang fokus bahkan lebih teruk daripada itu, iaitu gugup ketika menjawab soalan peperiksaan.
Antara persiapan yang patut diberikan perhatian sepenuhnya oleh mahasiswa adalah persediaan membuat nota bagi subjek tertentu atau kesemua subjek yang dipelajari. Ramai dalam kalangan mahasiswa merasakan mereka telah membuat nota dengan baik, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka mengarang semula ayat serta isi penting dalam rangka nota tetapi akhirnya menjadi jemu untuk mengulangkaji nota tersebut. Konklusinya, ia bukanlah sebuah nota yang baik.

Nota subjek yang menjadi alat penting pada saat akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan adalah antara penyelamat bagi mengimbas kembali segala pelajaran yang difahami serta dihafal dengan cepat dan kekal di dalam memori. Justeru, dalam menghasilkan sebuah nota subjek yang baik, beberapa perkara mesti diambil perhatian oleh mahasiswa.

PERTAMA : TAJUK YANG JELAS

Sesebuah tajuk atau bab sangat penting untuk dijadikan ‘header’ nota serta pemisah antara tajuk-tajuk yang lain. Mungkin ramai yang mahu menjadikan nota mereka paling ringkas sehingga setiap tajuk dalam suatu subjek dicampur atau disempitkan dalam muka surat yang sama. Perkara sebegini akan memberikan kesan negatif terutama apabila mahasiswa gugup atau terlupa isi penting ketika ingin menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan. Impaknya, ingatan atau memori akan terkeliru dengan isi penting yang cuba untuk diingat semula dan tidak mengetahui isi penting tersebut di bawah tajuk yang mana satu. Nota peperiksaan yang ringkas bukanlah beerti ringkas semata-mata sehingga penyusunannya tidak teratur dan cantik. Setiap tajuk perlu ditulis atau dilukis dan sebaik-baiknya menggunakan pen yang berlainan warna sebagai pemisah dengan tajuk yang lain.

KEDUA : BANYAKKAN ISI PENTING, BUKAN SYARAHAN

Nota subjek tidak perlu dimuatkan dengan contoh-contoh atau syarahan serta huraian panjang  yang terdapat di dalam buku kuliah. Isi penting adalah lebih utama berbanding huraian panjang. Huraian hanya perlu sebagai pengukuh kefahaman  untuk mengolah ayat dengan lebih baik ketika menjawab soalan. Huraian yang terbaik adalah berdasarkan kefahaman yang berkait rapat dengan isi penting tersebut.
Mahasiswa perlu kreatif dengan tidak menjadikan contoh atau huraian adalah 100 peratus sama sebagaimana terdapat di dalam buku kuliah. Semakin banyak syarahan yang mampu untuk diolah sendiri secara tidak langsung menjadikan mahasiswa mampu mengingati isi-isi penting dengan lebih baik. Tidak mengapa untuk memperbanyak isi-isi penting di dalam nota kerana itulah yang terbaik. Hal ini kerana isi-isi penting adalah pemarkahan asas di dalam soalan, manakala huraian adalah pemarkahan subjekif bergantung kepada kesesuaian dengan isi-isi penting yang telah ditulis.

KETIGA : PENGGUNAAN AYAT RINGKASAN ATAU SIMBOL ISTIMEWA

Nota subjek bukanlah sebagaimana buku catatan biasa. Nota yang terbaik adalah nota yang membantu menguatkan hafalan atau memudahkan proses mengulangkaji pelajaran di mana sahaja kita berada. Nota yang mudah mampu menjadi perangsang kepada imbasan memori. Justeru, ayat yang ringkas dan padat serta diletakkan simbol-simbol tertentu untuk menggambarkan isi penting adalah penting bagi menguatkan ingatan terhadap sesuatu subjek itu.

Perlu diingati bahawa penggunaan ringkasan dan simbol istimewa adalah sebagai tanda sahaja. Justeru, ia tidak memerlukan kepada pengamatan yang mendalam dan panjang bagi sesuatu isi penting. Apabila kita melihat simbol istimewa tersebut, dalam tempoh yang singkat kita sudah mampu untuk mengingati isi penting yang terkandung. Begitu juga dengan penggunaan ringkasan.

KEEMPAT : TERANGKAN PERKARA YANG DIFOKUSKAN

Kemungkinan sesebuah tajuk itu mempunyai isi penting yang banyak. Maka, mahasiswa perlu bijak untuk memilih atau menyusun isi-isi penting yang menjadi autoriti utama yang perlu diingati dahulu. Mahasiswa perlu mempunyai sasaran terhadap apa yang menjadi fokus utama dalam kebanyakan isi penting tersebut. Justeru, teknik tersendiri perlu ada untuk memilih isi yang lebih penting dan mampu mencambah olahan baru yang berkaitan dengan isi tersebut.

Di samping itu, perkara yang perlu difokuskan boleh ditulis dengan bantuan warna-warna pen atau ‘high lighter’ tertentu. Begitu juga dengan tajuk yang dirasakan penting atau yang perlu diulang-ulang secara kerap. Maka, gunakanlah warna yang pelbagai untuk lebih fokus kepada tajuk atau isi penting tertentu dan mudah mengingatinya. Namun, penggunaan warna perlu dihadkan supaya nota tidak kelihatan terlalu berwarna-warni sehingga menyukarkan proses mengingati isi-isi penting.

KELIMA : HASILKAN NOTA YANG KEMAS DAN TERSUSUN

Perkara sebegini juga membantu proses mengingati kandungan nota ketika membacanya. Nota yang tidak kemas dan kurang menarik akan menyebabkan sel-sel otak tidak terangsang dengan lebih aktif ketika proses pembacaan. Secara hakikatnya, sel-sel otak akan lebih mudah terangsang apabila sesuatu maklumat itu berada dalam keadaan yang memudahkan mata untuk melihat dan membaca. Nota yang cantik dan kemas akan menimbulkan ketenangan dan rangsangan yang lebih kepada pandangan mata.

Demikian lima teknik untuk membuat nota yang baik. Hal ini adalah penting walaupun kelihatan agak remeh. Mahasiswa yang pintar semestinya mempunyai nota subjek tersendiri bagi memudahkan proses mengulangkaji pelajaran dengan lebih efektif. Semoga risalah ringkas ini dapat membantu para mahasiswa sebagai persiapan ke arah peperiksaan.

Sumber : pmram.org

1 comment:

  1. PERUSAHAAN PINJAMAN ALEXANDER GRACE
    ANDA SELAMAT DATANG DI GRACEALEXLOANCOMPANY (GALC)
    Good Day Sir / Madam: Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk membiayai bisnis Anda atau tujuan apa pun? Kami adalah pemberi pinjaman bersertifikat, legal dan internasional, kami menawarkan pinjaman kepada perusahaan-perusahaan Bisnis. Perorangan, perusahaan perusahaan, badan hukum dengan tingkat bunga yang terjangkau 2%. Ini bisa berupa pinjaman jangka pendek atau jangka panjang atau bahkan jika Anda memiliki kredit macet. Kami akan memproses pinjaman Anda segera setelah kami menerima aplikasi Anda. Kami adalah lembaga keuangan independen. Kami memiliki reputasi yang sangat baik selama bertahun-tahun dalam menyediakan berbagai jenis pinjaman kepada ribuan pelanggan kami. Kami menawarkan pinjaman Pendidikan, pinjaman Bisnis, pinjaman rumah, pinjaman pertanian, pinjaman pribadi, pinjaman mobil dengan riwayat kredit baik atau buruk. Jika Anda tertarik dengan penawaran pinjaman kami di atas, Anda disarankan untuk mengisi informasi di bawah ini dan kembali kepada kami untuk lebih jelasnya. Anda dapat menghubungi kami melalui email ini gracealexanderloancompany@gmail.com kami akan merespons Anda segera setelah kami menerima rincian aplikasi pinjaman Anda di bawah ini.

    1) Nama lengkap:
    2) Tanggal lahir:
    3) Jenis Kelamin:
    4) Status perkawinan:
    5) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
    6) Durasi Pinjaman:
    7) Negara:
    8) Negara:
    9) Alamat:
    10) Telepon:
    11) Penghasilan bulanan:
    12) Pekerjaan:
    13) Agama:
    14) Sudahkah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya? Jika ya, sebutkan nama perusahaan
    Kontak
    gracealexanderloancompany@gmail.com
    WhatsApp ::: +14077925682 [Hanya Obrolan]
    Nomor Telepon +14077925682 [Hanya Panggilan]
    untuk perhatian segera.
    Buka 24 jam dalam 7 hari seminggu.

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...