Home » » Daulat Tuanku : Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-14

Daulat Tuanku : Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-14



KAHERAH, 11 April - Rakyat Malaysia hari ini  menerima Yang di-Pertuan Agong yang baru apabila Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Majlis yang penuh adat istiadat itu telah dilaksanakan di Istana Negara tepat jam 10 pagi. Surat pengistiharan pertabalan itu telah dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang turut dihadiri oleh Raja-raja Melayu yang lain.

Ini merupakan pertabalan baginda yang kedua sebagai yang di-Pertuan Agong setelah ditabalkan untuk kali pertama pada tahun 1970 dan berkhidmat selama lima tahun selaku Yang di-Pertuan Agong yang kelima.. Inilah kali pertama, seorang sultan ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara Malaysia sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957.

"PMRAM merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan tersebut. Sesungguhnya dengan pengisytiharan itu akan menguatkan lagi kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. ini adalah kerana Yang di-Pertuan Agong adalah simbol ketua agama bagi persekutuan yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di Malaysia". ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali,Presiden PMRAM 2012 ketika ditemui sebentar tadi.

Selain itu, dengan pengisytiharan itu juga mampu menjadikan negara kita Malaysia lebih cemerlang dari sudut pembangunan negara tanpa mengabaikan aspek pembinaan syakhsiah dan modal Insan  yang akan menjadi tonggak kekuatan negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang disegani oleh seluruh dunia. tambah beliau lagi.

Sumber : pmram.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger