Home » » KPIPM Cakna Kebajikan Ahli Di Cawangan Taakhi

KPIPM Cakna Kebajikan Ahli Di Cawangan Taakhi


KAHERAH, 16 April- Baru-baru ini, kepimpinan KPIPM  berpeluang menziarahi salah seorang mahasiswa pengajian Islam, iaitu saudara Syafie bin Musni daripada Johor yang mengalami kecedaran di jari kaki  akibat jatuh daripada tangga.

KPIPM yang diwakili oleh saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad selaku Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah bersama saudara Muhammad Mu’aaz bin Ramli selaku Ketua Biro Ekonomi sempat beramah mesra dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa tersebut.

KPIPM mengucapkan ucapan takziah di atas musibah yang telah menimpa saudara Syafie bin Musni dan diharapkan agar diberikan kesihatan bagi meneruskan gerak kerja Islam selaku Mahasiswa di Mesir ini.

“KPIPM akan terus komited membantu mahasiswa dari sudut kebajikan tidak kira di peringkat ahli KPIPM mahupun diperingkat PMRAM cawangan khususnya cawangan taakhi, supaya kesatuan yang telah terbina di bawah naungan PMRAM  ini akan terus kekal sebagai satu wadah kepada perjuangan Islam.“ ujar Saudara Amar Arif.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger