Friday, April 6, 2012

Wacana Mahasiswa Berjaya Mengasah Bakat Ahli



KAHERAH, 5 April -Bagi merealisasikan agenda PEMANDU untuk menampilkan dan mengetengahkan tokoh-tokoh muda dalam kalangan ahli KPIPM, PEMANDU sekali lagi menyusun program namun dengan pembawakan yang berbeza berbanding program-program sebelum ini dengan mengadakan wacana : Era Mahasiswa & Masalah Sosial.




Barisan panel yang dijemput adalah Saudara Muhammad Hakimi bin Abdul Hamid, Saudara Mohammad Nazirul Nazmi bin Abdul Rahman , Saudari Noriah bt Zahid dan Saudari Fatimah bt Azizuddin. Moderator bagi wacana kali ini merupakan orang yang tidak asing lagi dalam KPIPM, Saudara Ibnu Abbas b Azizuddin,Timbalan yang Dipertua KPIPM.

Program wacana ini telah berlangsung selama hampir 2 jam dan banyak isu dan idea yang telah berjaya dikupas dalam program kali ini. Antara yang dibincangkan adalah faktor-faktor berlakunya masalah sosial dalam kalangan mahasiswa, peranan institusi keluarga dan kerajaan dalam menangani kebejatan sosial dan kepentingan mahasiswa untuk turut serta dalam gerakan yang betul dalam membina jati diri.



Di akhir wacana,terdapat beberapa persoalan yang telah diajukan kepada ahli panel berkenaan dengan peranan mahasiswa dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan membetulkan perkara-perkara yang salah yang terjadi di sekeliling kita.

Selesai wacana,Saudara Mohd Faizal b Jaafar selaku jawatankuasa Unit Pengisian PEMANDU  telah memberikan  pencerahan berkenaan dengan tajuk yang dibawa dan konsep wacana. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kepada barisan panel dan moderator oleh Yang Dipertua KPIPM dan penyampaian hadiah ‘Baiti Jannati’ kepada pemenang-pemenang bagi bulan Mac.

                            (Pemenang Baiti Jannati kategori ikhwah Wisma Darul Ridzuan)

Sebelum majlis berakhir,para hadirin telah ditayangkan dengan sebuah video pendek dari Usrah Al-Muhazirun dan Usrah Khairatun Hisan dalam usaha untuk mempromosi unit-unit  tersebut kepada seluruh ahli KPIPM.




“Semoga program yang dianjurkan berjaya dimanfaatkan oleh ahli bagi menjana thaqafah, mengasah daya fikir serta kemahiran dalam memberikan pandangan dan buah fikiran secara tuntas sebagai persediaan sebelum terjun ke medan dakwah sebenar di tanah air kelak”. Ujar Saudara Muhammad Hanif Abdullah sejurus berakhir porgram.


(Barisan Jawatankuasa Pelaksana Program PEMANDU)


No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM