Home » » Tautan Ukhuwah Semakin Utuh Di Mansurah

Tautan Ukhuwah Semakin Utuh Di Mansurah



KAHERAH, 14 APRIL- Ziarah Mahabbah wakil kepimpinan KPIPM tiba di MANSURAH pada jam 5.30 petang. Sejurus tiba di sana, satu majlis telah diadakan bersama-sama ahli perubatan dan dirasat ikhwah.

Agenda dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis selaku Ahli Majlis Perwakilan(AMP)Mansurah, Saudara Mohammad Rafiq Bin Abdul Hir. Turut hadir bersama, Saudari Maryam Binti Abu Bakar selaku Ahli Majlis Perwakilan ( Perubatan ).

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Saudara Mohamad Amirul Fahmi Bin Zulkefli, selaku Mentor Mansurah seterusnya membincangkan beberapa perkara.Antaranya ialah mengenai keahlian, pemahaman tentang konsep ithar, aktiviti-aktiviti persatuan dan segala yang berkaitan dengan permohonan dermasiswa.

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab sekitar permasalahan yang berlaku dan diakhiri dengan penyerahan dokumen-dokumen untuk permohonan dermasiswa MAIPk pada jam 6.30 malam.

Pada keesokan harinya, ziarah diteruskan lagi ke rumah mahasiswi pengajian Islam Perak oleh wakil HEWI KPIPM. Satu majlis telah diadakan dan kehadiran ahli seramai 19 orang pada sesi pertemuan tersebut telah memeriahkan sesi mahabbah tersebut yang dimulai pada jam 10.30 pagi.

Ahli Majlis Perwakilan Mansurah ( Pengajian Islam), Saudari Wan Sofia Binti Mohd Rethuan telah mengendalikan majlis tersebut. Seterusnya, Saudari NurHafsah Binti Awalluddin, Setiausaha HEWI KPIPM telah menyampaikan bagi mewakili pihak KPIPM.  Antara yang dijelaskan dalam ucapan beliau sekitar peringatan tentang keahlian KPIPM, yuran serta ithar dan  segala yang berkaitan dengan permohonan Dermasiswa MAIPk. Ahli di sana turut diberi ruang mengajukan persoalan tentang permasalahan yang berlaku.

Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari dengan penyerahan dokumen-dokumen permohonan Dermasiswa MAIPk daripada Saudari Wan Sofia dan penyerahan wang Ithar dari wakil HEWI KPIPM.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli yang memberi kerjasama yang baik terutama kepada Ahli majlis Perwakilan (AMP) Mansurah atas layanan dan jamuan yang disediakan.  Moga dengan ikatan ukhuwah yang terbina di antara ahli di muhafazah dengan kepimpinan KPIPM bertambah baik.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger