Saturday, April 21, 2012

Ribat KPIPM Menaut Ikatan Hati Mahasiswa




KAHERAH, 19 APRIL – Ehya’ Jumaah diteruskan dengan membawa agenda Tarbiah bagi menghidupkan roh keimanan dan semangat kehambaan kepada Rabbul ‘Izzati. Program yang dijalankan pada setiap minggu ini berjalan seperti kebiasaannya dengan solat Maghrib berjemaah, alunan burdah, bacaan Yassin, tazkirah, solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

Pentazkirah pada malam tersebut ialah saudara Dasuki bin Selamat, mahasiswa tahun 3 kuliah Syariah Islamiah, kaherah menyentuh mengenai perbahasan Muamalah. Beliau telah membahagikan Muamalah tersebut kepada muamalah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan muamalah sesama manusia yang lain.


Selesai tazkirah, solat Isyak berjemaah terus ditunaikan dan diikuti solat sunat hajat khusus kepada keamanan penduduk Syria, keutuhan kesatuan PMRAM dan KPIPM. Solat  sunat Hifzi yang merupakan amalan sunat yang diamalkan oleh para Salafus Soleh pada ketika dahulu bagi menguatkan daya ingatan mereka turut dikerjakan dalam Ehya’ Jumaah pada kali ini bagi persediaan sebelum menempuh imtihan tidak berapa lama lagi.

Menarik di Ehya’ Jumaah pada kali ini apabila KPIPM dibawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah sesi 2011/2012 telah menganjurkan  RIBAT KPIPM yang mana ribat pada sebelum ini telah diperkenalkan  diperingkat PMRAM bagi menguatkan ikatan hati-hati mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini. Ribat KPIPM ini telah dijalankan seawal jam 3.00 pagi, bermula dengan alunan zikir seterusnya solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir. Seterusnya Ribat KPIPM  diteruskan dengan solat subuh secara berjemaah, bacaan Al-Mathurat dan bacaan surah Ar-Rahman.

Lebih menarik lagi pada kali ini slot sembang pagi : To’miah Batotis Bisy-syai dalam mencari soleh dan solehah telah mengisi ruang pengisian Ribat KPIPM.  Slot sembang pagi ini merupakan slot pertama diperkenalkan diperingkat KPIPM dengan menampilkan tiga orang ahli panel dibarisan AJKT HEWI KPIPM iaitu saudari Nurfarhana bt Ali, saudari Nazuha bt Suhimi dan saudari Nur Hafiza bt Othman.

Kerjasama serta komitmen seluruh warga KPIPM khususnya bagi menghidupkan program Ehya’ Jumaah ini amat diharapkan demi kelangsungan generasi pelapis dan kesatuan fikrah sesama kita. 

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM