KAHERAH, 1 Jan - Insiden UPSI
yang berlaku pada malam sambutan tahun baru semalam menjadi isu hangat di
kalangan seluruh mahasiswa/wi Islam di seluruh dunia.
PMRAM
yang juga mengikuti perkembangan tersebut sebelum ini telah pun mengeluarkan
kenyataan bahawa kesal dengan tindakan yang dikenakan ke atas mahasiswa/wi yang
berhimpun secara aman di UPSI yang menyebabkan tahanan ke atas 17 mahasiswa/wi
dan menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan
Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala.
PMRAM
terus mengikuti perkembangan insiden tersebut dengan mengubungi beberapa pihak
termasuklah Presiden GAMIS, Saudara Akram Ikramin Taib Azamuddin bagi
menyatakan sokongan ke atas pembelaan hak mahasiswa/wi yang dilayan secara
kasar serta bagi mendapatkan maklumat terkini.
Dimaklumkan
kesemua 17 mahasiswa yang ditahankan semalam dibebakan petang tadi pada jam 4
petang Malaysia selepas mana mahasiswa/wi
serta beberapa pihak berhimpun di Balai Polis Tanjung Malim bagi
menyatakan bantahan ke atas tahanan yang dilakukan oleh FRU dalam malam kejadian.
PMRAM
menyifatkan bahawa pembebasan kesemua 17 mahasiswa tersebut selepas disoal
siasat merupakan hadiah tahun baru kepada mahasiswa/wi di Malaysia. Hal ini
demikian kerana, mahasiswa/wi di Malaysia telah menunjukkan cara yang
professional berhadapan dengan pihak polis yang dalam membawa satu-satu isu.
"PMRAM
mengucapkan tahniah atas kemenangan mahasiswa ini. Ia merupakan hadiah di atas
perjuangan mahasiswa/wi Malaysia," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamada
Zuhaili Saiman.
Presiden
GAMIS, Saudara Akram Ikramin Taib Azamuddin menegaskan bahawa insiden di UPSI
tersebut tidak akan mematahkan semangat mahasiswa Malaysia khususnya dalam
memperjuangkan hak yang dituntut.
"Ujian
dan cabaran yang mendatang tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada
perjuangan yang dibawa. Mahasiswa/wi mesti terus memperjuangkan kebenaran
walaupun ia pahit. Mereka yang tabah dan kental dalam menghadapi ujian dan
cabaran maka mereka adalah pemuda Islam yang berjuang. Tahniah! Teruskan
perjuangan dalam membawa kebenaran," tambah Presiden PMRAM lagi.
PMRAM
menyeru semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir mendoakan Presiden Gerakan
Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang yang masih lagi terlantar di
hospital. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali meneruskan perjuangan beliau,
yang juga merupakan Timbalan Presiden GAMIS.
Sumber
: pmram.org
No comments:
Post a Comment