Monday, January 16, 2012

5 Tips Istiqamah



Seorang muslim yang bertaqwa mempunyai sikap istiqamah (berpendirian teguh) dan memiliki sikap yang jelas dalam segala aspek. Istiqamah adalah hal yang sulit dicapai dan memerlukan kepada   kesungguhan dalam kehidupan sosial kemasyarakatan.

Istiqamah dalam tingkah laku seorang muslim bukanlah barang perhiasan yang dapat dipilih, dipakai atau ditinggalkan, tetapi istiqamah ini merupakan perintah Allah Ta’ala dan sunnah Rasul-Nya di mana ianya merupakan satu   peringkat dibawah sifat Iman kepada-Nya.

5 Tips Istiqamah

Kesucian dan ketakwaan yang ada dalam jiwa harus sentiasa dipertahankan oleh setiap muslim. Hal ini disebabkan kesucian dan ketakwaan ini akan mengalami pelarutan, bahkan akan hilang jika tidak dijaga. Terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama bagi seorang muslim untuk mempertahankan nilai ketakwaan dalam jiwanya, bahkan mampu meningkatkan kualiti ibadah kita.

1) Muraqabah
Muraqabah adalah perasaan seorang hamba akan kekuasaan Ilahi dan pendekatan dirinya kepada Allah. Hal ini dapat ditamsilkan dengan mentaati seluruh perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, serta memiliki rasa malu dan takut, apabila menjalani hidup yang bertentangan dengan syariat-Nya.

2) Mu’ahadah
Mu’ahadah yang dimaksudkan adalah iltizamnya seseorang individu atas nilai-nilai kebenaran Islam. Hal ini         dilakukan kerana ia telah berjanji dengannya dan berikrar di hadapan Allah SWT.

3) Muhasabah
Muhasabah adalah usaha seorang hamba untuk melakukan perhitungan atas segala perbuatannya, samada sebelum mahupun sesudah melakukannya.

4) Mu’aqabah
Mu’aqabah merupakan pemberian atau balasan bagi seseorang muslim terhadap dirinya sendiri atas setiap perkara yang dilakukannya.

5) Mujahadah
Mujahadah yang dimaksudkan adalah kesungguhan dalam beribadah dan mengaplikasikan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Firman Allah :
“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya…” (Al-Hajj: 77-78)

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang “ISTIQAMAH!!” Ameen..

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...