KAHERAH, 2 Jan - Bersempena kehadiran
tahun baru Islam 1433 Hijrah baru-baru ini, Biro Dakwah dan Tarbiah dengan
kerjasama Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
KPIPM sesi 2011/2012 telah mengadakan suatu program yang diberi nama Ehya’
Muharram buat seluruh ahli.
Bertemakan "Muharram Dira'I 'Ibrah Dihayati", program
yang bermula pada hari Jumaat 25 November 2011 bersamaan 29 Zulhijjah 1432H itu
dipenuhi dengan pelbagai program kerohanian dan motivasi yang membawa seluruh
mahasiswa menghayati ‘ibrah dari penghijrahan Baginda Rasulullah s.aw.
Antara pegisian program yang telah dilaksanakan adalah Ehya’
Jum’ah, solat Sunat Hifzi, puasa
‘Asyura, tazkirah, gempur mumtaz, ceramah motivasi dan qiamullail.
Program yang berlangsung selama sebulan ini akhirnya melabuhkan
tirainya pada hari Khamis 29 Disember 2011 bersamaan dengan 4 Safar 1433H yang
lepas.
Alhamdulillah program yang dilangsungkan selama sebulan ini
mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli KPIPM, seterusnya menjayakan
tema yang diketengahkan oleh pihak penganjur.
"Semoga pembentukan jati diri muslim dalam kalangan
ahli KPIPM dapat ditingkatkan melalui program-program kerohanian dan motivasi
seumpama ini", ujar Pengarah Program Ehya' Muharram, saudara Mohamad Adil
bin Mohamad Fadzil di akhir program tersebut.
No comments:
Post a Comment