KAHERAH,
9 Jan - Peperiksaan fasa 1 bagi mahasiswa mahasiswi
di pengajian Islam semakin rancak. Bermula dengan subjek Takhalluf pada awal
Januari kemudian terus disusuli dengan subjek-subjek baru bagi setiap kuliah
iaitu Syariah Islam, Usuluddin, Bahasa Arab dan Dirasat.
Peperiksaan fasa 1 ini berjalan serentak di seluruh cawangan
bagi Universiti Al-Azhar, Mesir dan akan berakhir paling lewat pada akhir
Januari ini.
Bilangan mahasiswa mahasiswi Islam yang menduduki
peperiksaan fasa 1 ini dianggarkan lebih 5000 calon mewakili seluruh negeri.
Sebelum ini, PMRAM telah pun mengambil pelbagai inisiatif
bagi membantu mahasiswa/wi Islam dalam mencapai kejayaan dalam pencapaian
akademik. Antara yang telah dilakukan ialah solat hajat dan motivasi perdana,
kelas tambahan berpusat, bengkel kemahiran menjawab soalan, mengatur
pembelajaran secara berkumpulan, pelancaran Kempen Membaca dan sebagainya.
Di samping itu, BKAN serta DPM juga telah mengadakan solat
hifzi bersempena dengan peperiksaan dan pelbagai aturcara telah disusun untuk
menghidupkan suasana pembelajaran antaranya melancarkan kempen Sifar Rasib dan
Jom Ke Kuliah.
"PMRAM sangat optimis dalam membantu mencapai kejayaan
di dalam akademik. Bahkan ia menjadi salah satu subtajuk dalam ucapan dasar
Presiden mengenai kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Dengan usaha-usaha
yang telah dijalankan sebelum ini, PMRAM meminta semua mahasiswa/wi Islam terus
memanjatkan doa agar diberikan kejayaan," ujar Naib Presiden I, Mohd
Faizzudin Ghazali.
Sumber :pmram.org
No comments:
Post a Comment