Home » » Ehya' Al-Jum'ah : Taujihat Graduanita Pembakar Semangat Menuntut Ilmu

Ehya' Al-Jum'ah : Taujihat Graduanita Pembakar Semangat Menuntut Ilmu


            
KAHERAH, 6 Jan- Perjalanan Program Ehya’ Al-Jumaah pada minggu ini diteruskan lagi seperti biasa. Program yang dikelolai oleh Biro Dakwah dan Tarbiah ini dimulai dengan alunan burdah sebelum majlis bacaan Yaasin berlangsung. Dalam mendepani fatrah imtihan, bacaan Yaasin pada minggu ini dikhususkan untuk kejayaan anak-anak Perak dirasat mahupun perubatan yang berada di bumi Mesir ini. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh saudara Mohamad Nor Hafiz bin Mohamed Hashim, mahasiswa Kuliah Syariah Tahun 2 Kaherah.

Seusai bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan Solat Isyak secara berjemaah dan Solat Sunat Hajat. Tazkirah yang pada kebiasaannya diadakan selepas bacaan Yaasin digantikan dengan Majlis Wada’ bagi 3 Graduanita yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka baru-baru ini. Majlis ini telah dipengerusikan oleh saudari Syariza binti Ayob dengan penampilan khas 2 Graduanita, saudari Jawahir binti Harun dan saudari Zahratul Aula binti Arifin. Manakala seorang lagi graduanita, saudari Nor Akmar Molek binti Husin tidak dapat bersama pada majlis tersebut kerana mempunyai tugasan luar.

Pada awal majlis, pengerusi mengenalkan secara ringkas mengenai latar belakang ketiga-tiga graduanita. Pelbagai pengalaman dan perkongsian yang telah diutarakan oleh 2 graduanita tersebut. Antaranya ujian ketika melangkah ke Kuliah, kesabaran dalam berurusan dengan  pentadbiran Universiti Al-Azhar, dan sebagainya. 

Sebelum majlis berakhir, para graduanita diberi peluang untuk menyampaikan kalam taujihat dan pesanan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada malam tersebut. Mereka juga mendoakan agar semua anak Perak yang bakal menduduki imtihan tidak lama lagi mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya najah untuk naik ke tahun seterusnya. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) kepada 2 graduanita tersebut.

Sebelum majlis bersurai, Biro Perumahan telah mengumumkan keputusan pertandingan Baiti Jannati bagi bulan Disember 2011. Terdapat 3 kategori yang telah dipertandingkan. Pemenang yang diumumkantelah mendapat cenderahati dari pihak Biro Perumahan  lantas  mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan ahli KPIPM untuk meningkatkan mutu kebersihan, keceriaan dan Bi’ah Solehah  di kediaman masing-masing. Majlis bersurai setelah penyampaian sedikit amanat dan kalam taujihat imtihan oleh Timbalan Yang-Dipertua KPIPM saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, mewakili pihak Yang-Dipertua KPIPM.

Pada keesokan pagi, Ehya’ Al-Jum’ah diteruskan lagi dengan tazkirah pagi Jumaat selepas solat Subuh berjemaah. Tazkirah telah disampaikan oleh saudara Mohd  Amilriol Anua bin Osman di Wisma Darul Ridzuan A. manakala di Wisma Darul Ridzuan B, tazkirah telah disampaikan oleh saudara Muhammad Zaki bin Jaafar.       
            
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger