“Dan
setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya..Maka
berlumba-lumbalah kamu dalam amal kebaikan(kebajikan), dimana saja kamu berada,
pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya, sungguh Allah maha kuasa akan
segala sesuatu..” (al-Baqarah
: 148)
“Fastabiqulkhairat”, satu
istilah yang sering kita dengar selaku mahasiswa islam Mesir di dalam
tazkirah-tazkirah atau majlis-majlis yang diadakan secara formal atau
sebaliknya. Perasaan ingin bersaing pastinya wujud dalam diri setiap individu termasuklah
kita selaku individu yang masih memegang status seorang pelajar atau mahasiswa
yang sentiasa ingin berlumba-lumba dalam menentukan keputusan yang cemerlang di
dalam peperiksaan. Tambahan pula, fatrah imtihan ini adalah waktu yang sangat
direbut oleh kita untuk bersaing dalam mencapai target masing-masing .
Namun, pernahkah kita terfikir untuk
berlumba-lumba dalam membuat kebajikan?
Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuk serta
sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal kebajikan, supaya kamu berjaya di
dunia dan di akhirat..” (al-Hajj
: 77)
Kebajikan tidak hanya terbatas kepada keperluan
kewangan dan kebendaan semata-mata, namun khidmat kebajikan perlulah merangkumi
perkara yang berkaitan dengan sosial, emosi, budaya dan kemasyarakatan serta
memenuhi keperluan semua peringkat usia. Begitu juga kebajikan di dalam Islam.
Walaupun yang digariskan di dalam ayat diatas hanyalah mentaati Allah, namun
kebajikan yang diseru adalah merangkumi semua jenis amalan kebaikan.
Allah sendiri menyuruh kita supaya melakukan
amalan kebajikan dan telah menjanjikan satu ganjaran yang setiap manusia idam-idamkan
iaitu “berjaya di dunia dan di akhirat”, bahkan, nabi dan rasul yang
diutuskan oleh Allah juga disuruh untuk melakukan kebajikan kepada umatnya .
Apa lagi yang kita ragukan? Tidak cukupkah dengan janji Allah ini untuk menggerakkan
kita melakukan kebajikan? Tepuk dada tanya iman .
Kebajikan tidak semestinya perlu dilaksanakan
secara individu. Bahkan, bekerjasama dalam amalan kebajikan merupakan satu
kewajipan . Ini adalah kerana, tidak semua perkara dapat dilakukan secara
individu dan ia perlu dilakukan secara berjemaah dengan sebab al-Quran menyarankan
seperti firmanNya yang bermaksud :
“Hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat
kebajikan dan ketaqwaan” (al-Maidah : 2)
Oleh itu, sama-samalah kita berganding bahu
dalam melaksanakan 9 seruan Islam yang telah digariskan di dalam al-Quran dan
hadis, iaitu :
1.
Berbuat kebajikan
2.
Bercakap mengenai
kebajikan(kebaikan)
3.
Bersegera ke arah kebajikan
4.
Saling berlumba-lumba ke arah
kebajikan
5.
Menyeru kepada kebajikan
6.
Menggalakkan kepada kebajikan
7.
Lakukan kebajikan walaupun
kecil
8.
Berniat untuk melakukan
kebajikan
9.
Mencela bagi orang yang
mencegah kebajikan
Akhir kalam,marilah kita jadikan tahun baru
2012 ini sebagai titik permulaan untuk memulai sebuah persaingan dalam
melaksanakan kebajikan yang bermakna bagi setiap manusia . Firman Allah taala
yang bermaksud :
“Maka barangsiapa mengerjakan
kebaikan(kebajikan) sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya..” (al-Zalzalah : 7) .
Semoga setiap
amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.
Halo semua
ReplyDeleteNama saya AISHA MEY (aishamey14@gmail.com) dari jakarta selatan indonesia saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ALLAH yang telah mengakhiri penderitaan saya melalui Anthony Yuliana Lenders karena memberi saya jumlah pinjaman Rp 250 juta, bagi mereka yang mencari pinjaman harus sangat berhati-hati karena ada banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu di mana-mana hanya sedikit yang asli dan Anthony Yuliana Lenders adalah salah satu pemberi pinjaman pinjaman online terbaik, saya melakukan pembayaran untuk asuransi pinjaman saya dan biaya transfer sebelum jumlah pinjaman saya sebesar Rp 250 juta ditransfer ke akun saya, untuk mereka yang mencari pinjaman online asli dan sah harus menghubungi mereka
(anthony.yulianalenders@gmail.com)
whatsapp (+13234026088)