" Ya Allah bantulah aku, walaupun ujian ini
berat bagiku tetapi aku tahu ini adalah suatu yang terbaik yang Kau berikan
kepadaku,Kau berikanlah kekuatan agar aku tidak futur dalam meneruskan kehidupan dan terus istiqomah dalam
mengabdikan diri kepadaMu.." bisik hati kecil Uwais dengan pengharapan doa
kepada Rabbnya. " Sabarlah Uwais, ana tahu enta seorang yang kuat, HDA
sangat penting, pelihara dan jagalah ia sebaik-sebaiknya. InsyaAllah pasti ada
jalan penyelesaian terhadap ujian enta ni. Jaga HDA, jaga HDA ok!"
Begitulah, kata-kata semangat yang diulang-ulang
Umar kepada Uwais. Kadang-kadang, ianya
menjadi kata-kata keramat yang membina semangat dalam sesuatu masalah
dan kadang-kadang ia sebagai pengubat hati yang resah ketika kita menghadapi
waktu-waktu sukar seperti final exam. Kata keramat “ jaga HDA sahabat-sahabat!
” sering terpancar dari mulut tatkala ingin memohon doa. Di sini, dengan kudrat
yang Allah beri, sama-samalah kita muhasabah diri agar kita kembali sedar dan
faham dengan ‘word’ mahal itu. Agar kita dapat juga sama-sama menghayatinya
serta merenung kembali hakikat kehidupan kita. Benar, ianya ada kaitan dengan
kehidupan kita, bahkan seluruh kehidupan kita.
Mungkin kita selalu merasai bahawa saat kita
berhubung dengan Allah hanyalah tatkala ibadah-ibadah khusus seperti solat dan
sebagainya. Dan kita hanya merasai Allah ada di samping kita tatkala itu
sahaja. Hakikatnya tidak wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.
Dimana sahaja, bila, dan dalam keadaan apa jua sekalipun, bukankah kehidupan
kita ialah ibadah? Merasai kebersamaan
dengan Allah itulah yang menjadikan ”ianya” sebagai ibadah. Maksud
“ianya” ialah seluruh aktiviti
kehidupan kita. Ibadah yang syumul adalah asas kepada Islam yang syumul.
Kita hubungkan segala aktiviti kita dengan Allah.
Permainan kita, mesyuarat kita, majlis-majlis kita, semasa dalam kelas, dan seluruh aktiviti,
ruang lingkup hidup itu sendiri dengan HDA. Titik mula inilah yang memandu
kehidupan kita dalam memahami dan merasai kehendak-kehendak Islam. Apatah lagi
kehendak Allah itu sendiri.
Sebab itulah kita tidak mahu hubungan dengan Allah ini terputus setelah
kita melangkah keluar dari masjid atau program-program keagamaan yang lain.
Kita tidak mahu merasai bahawa memakai tudung dengan sempurna itu hanya untuk
pelafar-pelajar jurusan agama atau ustazah-ustazah sahaja. Sungguh, dalam urusan seharian kita,
semuanya kerana Allah. Dalam kita membuat kerja, kita ada Allah. Dan dalam kerehatan kita, kita ada
Allah. Dalam kita meletakkan perasaan-perasaan kita seperti marah, cinta dan
lain-lain, kita ada Allah. Bezanya, sedar atau tidak sedar dan inilah fungsi
Iman. Iman yang berfungsi akan meribatkan hubungan hati dengan Allah lantas
mengukuhkan asas terbinanya Islam yang
syamil dan kamil. Inilah hakikat menyembah Allah dalam menjalani kehidupan
sebenarnya.
Sedarlah, jiwa yang sentiasa berhubung dengan
Allah, itulah jiwa yang hidup. Itulah jiwa yang kuat dalam menongkah arus
kehidupan. Dan sedarlah wahai sahabat-sahabat, ini hakikat iman yang kita mahu
bina! Sebab itulah, jika urusan kita dengan Allah tidak settle, maka yang
lain-lain juga kita tidak akan settle. Makna kata settle dalam menjadikan
kehidupan kita sebagai medan ubudiah yang sebenarnya, sebagai medan mencari
bekal, untuk kembali bertemu Allah.
(HDA = Hubungan Dengan Allah)

0 comments:
Post a Comment