Saturday, January 7, 2012

Keputusan Pertandingan Baiti Jannati KPIPM Bulan Disember



KAHERAH, 7 Jan - Biro Perumahan KPIPM telah mengumumkan keputusan pertandingan Baiti Jannati bagi bulan Disember 2011 pada Program Ehya’ Jum’ah baru-baru ini .

Berikut senarai pemenang mengikut kategori yang telah dipertandingkan :

1-Kategori pertama : Penghuni Wisma( Ikhwah)
    Bait Farhan ( Syaqah Dua, Wisma B) dengan memperolehi 65 markah

2-Kategori kedua     : Penghuni Wisma( Akhawat)
    Bait Rabiatul Adawiyah (Syaqah Empat, Wisma B) dengan memperolehi 74 markah

3-Kategori Ketiga    : Penghuni Rumah Sewa (Ikhwah dan Akhawat)
    Bait Mariatul Qibti dengan memperolehi 71 markah

Para Pemenang telah menerima cenderahati daripada pihak Biro Perumahan yang disampaikan oleh Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, Timbalan Yang Dipertua KPIPM.

“Pertandingan yang kita adakan ini adalah bertujuan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan ahli KPIPM untuk meningkatkan mutu kebersihan, Komitmen dan Bi’ah Solehah  di kediaman masing-masing. Semoga ahli KPIPM dapat menjayakan aktiviti yang memberikan impak yang sangat berguna untuk kehidupan kita seharian”. Ujar Saudara Mohamad Hazim, Ketua Biro Perumahan.
             
            

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...