Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tiada
satu haripun yang dijalani oleh seorang hamba kecuali pada pagi harinya turun
dua malaikat. Satu di antara mereka berkata, “Ya Allah berilah balasan bagi
orang yang telah berinfak.” Yang satu lagi berkata, “Ya Allah berilah
kemusnahan atas orang-orang yang menahan harta”.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
Orang yang tidak mahu
memberi tetapi hanya tahu menerima,takut kekurangan harta dan berani berlaku
culas terhadap hak orang lain adalah golongan yang termasuk didalam doa
malaikat supaya dimusnahkan.
Kerana itu, marilah
kita menjauhi sifat bakhil ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Ingatlah,
kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah.
Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia
hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan
kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya
Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti
kamu ini.”(Muhammad: 38)
Sebuah kisah yang sangat menakjubkan dari seorang
sahabat Rasulullah yang prihatin terhadap saudaranya dalam menghulurkan bantuan
sedangkan dirinya memerlukan.
Imam Bukhari dan
Muslim meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam didatangi oleh tetamu,terlihat
keletihan di wajah tetamu Baginda yang hanya seorang diri itu. Lalu Rasulullah mengutus seorang sahabat untuk menanyakan
kepada isteri-isteri baginda, adakah sesuatu yang boleh dimakan.Tetapi tidak
ada makanan sedikitpun. Maka baginda menawarkan kepada para shahabat Muhajirin
dan Ansar untuk menjamu tetamu itu pada malam itu sahaja. Salah seorang
sahabat(Ansar) yang tidak mahu sahabat lain mendahului dirinya dalam berbuat
kebaikan bersuara dan menyambut tawaran itu,
“Saya yang akan menjamunya,ya Rasulullah.”
Setelah meminta izin
kepada baginda, sahabat tersebut pulang untuk membuat mempersiapkan. “Kita akan
menjamu tetamu Rasulullah! Jangan awak simpan makanan apa pun dan keluarkan kesemuanya!”
katanya kepada isteri yang dicintainya.
Si isteri terperanjat,lalu memberi tahu kepada suaminya.Hanya ada sedikit
sahaja makanan untuk anak-anak mereka yang masih kecil dan itupun hanya cukup
untuk sekali makan.Lalu suami
berkata : “Begini saja, kalau mereka ingin
makan malam carilah cara supaya mereka tidur.” “Dan sekarang tolong matikan
lampu dan perut kita akan kosong malam ini?” sambungnya. Tanpa ragu, wanita
solehah itu melaksanakan perintah suaminya.
Setelah semua siap,
sahabat itu pun menjamu tetamu
Rasulullah dalam keadaan gelap. Tujuannya, supaya tetamu tersebut tidak tahu
bahwa ia hanya makan seorang diri, sementara tuan rumah hanya berpura-pura
makan.
Keesokan harinya,
sahabat itu menghadap Rasulullah. Seulas senyum menghiasi wajah berseri Rasulullah.
Beliau bersabda: “Allah kagum dengan apa yang kamu lakukan bersama isterimu”.
Allah turunkan firman-Nya :
“Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka
sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa
yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”(Al-Hasyr:
9)
Siapakah sahabat dermawan yang berhati mulia itu? Ya,dialah Abu Thalhah
Al-Ansori, semoga Allah meredhainya.
Sahabat sekalian, semoga ini menjadi
peringatan bagi kita bahawa kita masih perlu lebih serius lagi dalam meneladani
para sahabat jika kita ingin bersama mereka di syurga kelak,InsyaAllah. Inilah
saatnya bagi kita untuk belajar menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada
orang lain, meskipun di saat kita amat memerlukannya.
Dengan ini,bertepatan
dengan objektif Ithar itu sendiri iaitu menerapkan pemahaman dan pelaksanaan konsep
ithar, membantu ahli yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan, mangsa
malapetaka dan mereka yang ditimpa kesusahan serta mewujudkan masyarakat
mahasiswa yang prihatin terhadap hal ehwal kebajikan.
Dengan ini,dapatlah kita mempratikkan perkara diatas
dan menjauhi sifat bakhil secara bersama dengan menambah dana Tabung Ithar
untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan.
No comments:
Post a Comment