Soalan ini biasanya lahir dalam
bentuk sindiran atau rasa curiga daripada mereka yang berada dalam jamaah.
Soalannya : Adakah jamaah ini jamaah yang praktikal? Atau adakah anggota jamaah
ini adalah orang-orang yang praktikal juga? Orang yang bertanya ini mungkin
terdiri daripada salah satu kumpulan manusia berikut :-
Pertama
: seorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.
Kedua
: Orang yang hidup dalam dunia sendiri, mereka tiada tujuan, tiada wawasan dan
tiada pegangan.
Ketiga
: Orang yang gemar bermain bahasa, suka melahirkan kata-kata yang berbelit dan
cenderung melahirkan ucapan yang hebat-hebat supaya para pendengar akan memuji
mereka sebagai orang yang bijak.
Keempat
: Orang yang mahu melemahkan semangat orang yang menyeru mereka supaya
kelemahan pendakwah ini nanti akan menjadi alasan untuk mereka terus berpeluk
tubuh, culas dan menjadi sebab untuk tidak beramal.
Golongan-golongan ini ibarat seorang lelaki yang menyiapkan pedang yang tajam,
tombak yang berkilauan dan pelbagai senjata lain kemudian setiap malam melihat
kesemua senjata ini sambil menunjuk rasa kesalnya kerana tiada seorang musuh
pun di hadapannya untuk dia memperlihatkan kehebatan dan keberaniannya.
Inilah
yang diungkapkan oleh seorang penyair :
Apabila
si pengecut bersendirian di tengah medan ia akan mencabar mengangkat
senjata menuntut peperangan.
Ayuh
bekerjalah!!! Hanya orang pengecut dan pemalas sahaja yang beralasan..
Golongan
Yang Bersungguh Dalam Bekerja
Manusia seperti ini yang diibaratkan
umpama permata yang berharga, semangat mereka tinggi, jiwa mereka suci, mereka
mahu dan sentiasa bersedia untuk bekerja.
Mereka berada di barisan hadapan
sebuah Jamaah yang bangkit mengajak manusia supaya bekerja dan bergabung
bersama mereka, bekerja dalam kumpulan mereka menuju ke matlamat yang menjadi
harapan dan impian setiap muslim dan mukmin.
Golongan seperti ini telah melalui
pengalaman yang banyak namun tidak pernah berputus asa. Mereka bekerja setiap
masa sehingga beroleh apa yang diidamkannya.
Oleh itu, kita mestilah
bersungguh-sungguh dalam bekerja sekalipun pernah terkandas, sekali jatuh,
tidak selamanya jatuh, sesungguhnya Allah s.w.t suka apabila hambanya melakukan
pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Hukum
Berkerja Dalam Jamaah
Terdapat
dalil yang menyatakan kewajipan bekerja di dalam jamaah seperti berikut :
“ Dan berpeganglah kamu semuanya
kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah
mempersatukan hatimu. Lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang
yang berusaha : dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah
Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat pertunjuk.”
(Surah Ali-Imran : 103)
Hablullah
(tali Allah) di sini ialah Al-Quran. Pendapat ini diriwayatkan oleh Saidina Ali
r.a dan Abu Sa’id Al-Khudri r.a daripada Rasulullah s.a.w dan juga riwayat
Mujahid dan Qatadah. Ayat di atas memberikan maksud Hablullah ialah kebenaran
yang diikuti oleh Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Ibnu Mas’ud maksud
Hablullah ialah jamaah.
Imam
Al-Qurtubi berkata :
“ Kesemua makna itu hampir sama.
Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan (umat Islam) supaya bersatu padu dan melarang mereka
dari perpecahan. Sesungguhnya perpecahan adalah kemusnahan dan Jamaah adalah kejayaan.
Semoga Allah merahmati Abdullah bin Al-Mubarak yang menyebut : “ Sesungguhnya
jamaah adalah hablullah. Justeru itu berpeganglah kalian semua dengannya,
dengan ikatan yang kukuh bagi sesiapa yang patuh ” - Tafsir Qurtubi -
Al-Jasas
pula berkata :
“ Ia adalah perintah supaya
bersatu-padu dan larangan dari berpecah belah. Mereka semua diperintahkan
supaya melazimi perpaduan dan bersatu diatasnya. ”
-
Abu Bakar Al-Jasas(Ahkam Al-Jasas) -
“
Sesungguhnya meninggalkan sikap saling membantu dalam mengembalikan agama Allah
ke alam wujud adalah jenayah terbesar
dilakukan oleh golongan yang berdiam diri dan malas untuk membina semua agama ini. Ini kerana kewajipan menyeru
kearah perkara makruf dan mencegah mungkar merupakan kewajipan terbesar sekali
dalam menghampirkan diri kepada Allah ”.
-
Dr. Abdullah Azzam -
No comments:
Post a Comment