KAHERAH, 31 Disember - Mengenai
isu umat Islam di Palestin hari ini semakin menjadi tumpuan dunia. Isu
penindasan oleh rejim yang zalim ke atas penduduk di Gaza terutamanya tidak
pernah berhenti semenjak penubuhan negara haram tersebut.
PMRAM
sentiasa melaporkan informasi terkini khusus berkaitan umat Islam di Palestin
melalui unit Mini Pavillion yang dikelolai di bawah Lajnah Kebajikan Dan
Kemanusiaan.
Naib
Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, Saudara Syeikh Mujahid
meminta kepada semua mahasiswa/wi Islam agar terus mengikuti perkembangan
semasa bahkan menjadikan isu umat Islam di Palestin menjadi fokus utama kerana
ia melibatkan saudara sesama muslim yang teraniayai sejak sekian lama.
"PMRAM
akan terus menjadi medium bagi mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir untuk
menyalurkan bantuan khususnya dari sudut kewangan. Bahkan unit khas PROSMA
ditugaskan untuk menjual barangan terpakai
yang mana kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada Palestin,"
ujar beliau.
Cakna
isu semasa juga menjadi pembawakan PMRAM sesi ini agar mahasiswa dan mahasiswi
Islam tidak ketinggalan maklumat semasa dengan isu-isu semasa umat Islam.
Sehingga ke hari ini Mini Pavillion antara unit di bawah PMRAM yang terus
bekerja keras untuk menyalurkan maklumat semasa berkaitan umat Islam di
Palestin.
"Mini
Pavillion bukan sahaja dijadikan rujukan oleh mahasiswa dan mahasiswi Islam di
Mesir, bahkan masyarakat Islam Malaysia di negara kita serta Timur Tengah turut
menjadikannya rujukan," tambah beliau lagi.
Selain
itu, mahasiswa/wi Islam yang mahu terus menyumbangkan derma atau sebarang
sumbangan bolehlah terus merujuk kepada Exco Kebajikan cawangan masing-masing.
sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment